Detik Kelahiran Anak Kedua Anang- Ashanty Diabadikan

Ahmad Shah
November 4, 2016 03:56 MYT
Pasangan selebriti Indonesia iaitu Anang Hermansyah dan isteri Ashanty selamat menimang cahaya mata kedua mereka pada 28 Oktober lalu.
Istimewanya kali ini detik-detik kelahiran bayi lelaki mereka itu dirakam oleh juru foto dan video khas, Mario Photographie.
Foto serta video itu telah dikongsikan oleh Mario Photographie menerusi akaun rasmi instagram juru foto tersebut.
Juru foto tersebut merakam sepenuhnya detik-detik bermula dari sebelum Ashanty memasuki bilik pembedahan sehingga dia selamat melahirkan.
Menerusi foto yang dikongsi itu tergambar wajah kesedihan dan sedikit gementar Ashanty sebelum melahirkan bayi keduanya namun suasana bertukar ceria apabila isteri Anang itu selamat melahirkannya.
Berikut foto dan video berkenaan:
Tekes oleh: Syafiqah Jalal

#Anang Hermansyah