VIRAL
Detik Mencemaskan! Ular Berbisa Enggan Lepaskan Alat Sulit Pempengaruh Terkenal
Seorang pempengaruh dari Indonesia, Anggara Shoji berdepan detik mencemaskan apabila seekor ular bebisa menggigit bahagian sulitnya.
Lebih mengerikan apabila ular yang dikenali sebagai ular katam belang itu tidak mahu melepaskan gigitannya itu.
Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @jejeksiaden memaparkan Anggara digigit dibahagian luar seluarnya.
Gigitan reptilia itu menyebabkan Anggara terduduk di lantai hutan sambil cuba melepaskan gigitan ular itu daripada seluarnya.
Meskipun ditarik beberapa kali, ular tersebut masih enggan melepaskan gigitannya.
Tidak jelas sama ada gigitan itu menembusi bahagian sulitnya, tetapi kesakitan dan keperitan jelas terpancar di wajah Anggara ketika dia memegang badan ular tersebut dengan tangan kirinya.
Ketika kamera semakin dekat, ular itu kelihatan menyesuaikan gigitannya pada seluar Anggara sebelum menggigit dengan lebih kuat.
Keadaan ini terus mencetuskan rasa cemas dalam kalangan penonton video tersebut, yang tidak dapat membayangkan betapa sakit dan sukarnya situasi yang dihadapi Anggara.
Video insiden tersebut yang dimuat naik pada Januari telah menjadi tular, dengan lebih 25.6 juta tontonan setakat ini.
“Ini pertarungan ular lawan ‘ular,” kata seorang pengguna media sosial.