Berita baik buat peminat Dewa 19 yang terlepas untuk mendapatkan tiket konsert 30 Years of Dewa 19 yang dijadualkan berlangsung pada 10 September depan!

Band popular Indonesia itu berbesar hati untuk menambah lagi satu malam konsert sempena Anniversary Tour di Kuala Lumpur pada 9 September 2022.

Kata Ahmad Dhani menerusi hantaran video di laman rasmi @dewa19anniversarytour, disebabkan sambutan luar biasa dengan penjualan tiket habis dalam satu jam, pihaknya berbesar hati untuk menambah satu malam ekstra untuk menghiburkan peminat mereka di sini.

"Gokil Malaysia! Dalam masa satu jam tiket habis terjual, kami sangat berbesar hati dengan sokongan baladewa dan baladewi di Malaysia khususnya di Kuala Lumpur.

"Jadi untuk membalas sokongan dan rindu kalian, kami Dewa 19 akan menambah satu lagi malam untuk baladewa semua.

"Konsert akan ditambah pada 9 September 2022, Jumaat di lokasi sama," maklum Ahmad Dhani.

Tambahnya, Malaysia menjadi satu-satunya lokasi yang menambah malam konsert sepanjang siri jelajah Dewa 19 kali ini.

"Kali ini tolong teman-teman jangan terlewat lagi pembeliannya. Kerana Malaysia satu-satunya lokasi yang muncul dengan dua hari konsert, khas buat kalian. Jumpa nanti!" pesannya.

A post shared by @dewa19anniversarytour


Tiket malam kedua konsert 30 Years of Dewa 19 boleh dibeli di www.ticket2u.com.my/dewa19 atau talian hotline 019-9919055 mulai 3 petang hari Selasa, 19 Julai 2022!




Anda di kategori lagu yang mana?

Laskar Cinta (standing)
Early bird: RM168
Full price: RM188

Dewi (level 4)
Early bird: RM148
Full price: RM168

Kangen (level 3)
Early bird: RM268
Full price: RM288

Roman Picisan (level 3)
Early bird: RM368
Full price: RM388

Arjuna (level 3)
Early bird: RM468
Full price: RM488