gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Kemalangan Bas UPSI: “Ada Mangsa Tercampak Keluar Dari Bas”
HIBURAN
“Menangis Saya Baca” – Elizabeth Tan Sebak, Seorang Lelaki Doa Dikurniakan Anak Selepas Solat
BERITA
15 Pelajar UPSI Maut, Puluhan Cedera Nahas Bas Dan MPV Dekat Tasik Banding
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Dewi Perssik Korbankan 17 Ekor Lembu, Berhajat Jodoh Lelaki Beriman

gempak
Maliah Surip
08/06/2025
21:50 MYT
Sponsor Banner
Dewi Perssik Korbankan 17 Ekor Lembu, Berhajat Jodoh Lelaki Beriman
Penyanyi Dewi Perssik menjadi salah seorang selebriti Indonesia yang menjalani Aidiladha dengan melakukan ibadat korban.
Bukan seekor dua tetapi penyanyi dangdut ini mengorbankan sebanyak 17 ekor lembu. Lembu-lembu tersebut dikorbankan di beberapa wilayah dan daerah termasuk Banyumas, Jakarta dan Jember.
Dewi Perssik malah teruja kerana terlibat secara langsung dengan memotong daging haiwan korban bersama-sama masyarakat setempat.
"Alhamdulillah di Jakarta (ada) 2, di Jember 5, kalau untuk di Ranjingan (Banyumas) itu ada 10," kata Dewi Perssik seperti dilaporkan Kompas.
Menurutnya, dua lembu yang dikorbankan di kawasan kediamannya pula membawa makna tersendiri buatnya. Dua ekor lembu tersebut diberi nama Upin dan Ipin bersempena hajat dia mahu memiliki pasangan dalam kalangan lelaki soleh.
“Saya beri nama lembu itu Upin Ipin. Walaupun Upin Ipin itu lelaki sama lelaki ya, tapi saya kan berharapnya berpasang-pasangan.
“Dalam erti kata lain, kedua ekor lembu ini mewakili saya. Tidak single tapi dua. Berpasangan. Calon jodohnya biar yang soleh,” katanya yang sudah dua kali tewas dalam biduk rumah tangga.
Dia juga mengaku melakukan korban besar-besaran dengan menumbangkan 17 ekor lembu pada sambutan Aidiladha tahun ini sebagai tanda kesyukuran serta kepedulian.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Aidiladha
#Dewi Perssik
#Korban
#Lembu
Must-Watch Video