Penyanyi dangdut dari Indonesia, Dewi Perssik mengejutkan rakan seperjuangan dan peminatnya apabila mengumumkan dirinya baru sembuh dari COVID 19.
Pengakuan itu disampaikan Dewi Perssik dalam kemas kini terbaharu di akaun Instagramnya, @dewiperssikreal, sekitar 18 jam lalu.
Dia mengaku 'kehilangannya' dari radar hiburan dan kegiatan lain seperti muncul di @pagipagiambyarttv dan aktiviti di YouTube selama satu bulan kebelakangan ini adalah kerana dirinya 'berperang' dengan jangkitan COVID 19.
"Ramai yang bertanya ke mana saya selama satu bulan kebelakangan ini. Saya sebenarnya dijangkiti Covid 19," buka Dewi Perssik.
Meski demikian, katanya dia kini diberi peluang Allah untuk sembuh dan berasa beruntung kerana kembali sihat.
"Alhamdulillah Allah masih beri kesempatan untuk saya sihat dan sembuh. Saya berasa sangat beruntung," katanya lagi.
Dalam kemas kini tersebut, Dewi Perssik menyertakan tiga keping foto keadaan dirinya yang dipenuhi ruam pada bahagian muka dan badan.
Dia mengatakan, ruam yang tumbuh itu merupakan gejala bagi orang yang terkenal 20 peratus COVID 19.
"Kemerahan (ruam) ini timbul dari mereka yang dijangkiti 20 peratus COVID 19. Saya fikir semua ini adalah satu teguran dan mengugurkan dosa saya.
"COVID 19 ini nyata. Semuanya sudah saya ceritakan di YouTube. Setidaknya saya tidak tidak jadi pembunuh yang menularkan virus kemana mana. Karena COVID 19 ini selain menularkan juga mematikan," katanya.
Wanita berusia 35 tahun itu juga mengaku dia hanya mengalami gejala ringan, namun apa yang lebih berbahaya adalah pesakit yang tidak tahu mereka sedang membawa virus ini dan menularkannya kepada yang lain.
Terakhirnya, penyanyi Indah Pada Waktunya ini mengucapkan terima kasih kepada semua frontliners dan mengingatkan seluruh masyarakat agar mematuhi semua protokol dan panduan kesihatan sepanjang pandemik COVID 19 ini masih berleluasa.
Untuk informasi, Dewi Perssik bukan satu satunya selebriti Indonesia yang dijangkiti COVID 19.
Sebelum ini aktres Nirina Zubir dan Pevita Pearce juga sempat memberitahu mereka menjadi salah satu mangsa COVID 19, malah ada dalam kalangan karyawan seni Indonesia yang juga maut kerana virus ini.
Instagram: @dewiperssikreal
Maliah Surip
Fri Dec 25 2020
Kasihan Ibu Aliff Aziz, Dihentam, Dibenci Netizen... Sarah Yasmine Ambil Tugas Cerita Hal Sebenar!
Banyak Sarah 'spill the tea' fasal Aliff Aziz.
Nama Dipetik Isu Aliff Aziz, Isteri Caprice Tampil Pertahankan Diri - “Siapa Yang Terlibat Dalam Cerita Ini, Semua Bod*h!”
Isteri Caprice berang nama dipetik isu Aliff Aziz.
Lagi Pendedahan! Kali Ini Sarah Yasmine Kongsi Rakaman Suara Lelaki Didakwa Caprice?
Panas! Lagi pendedahan Sarah.
Chacha Maembong Confront Ruhainies, Nafi Bawa Mulut Fasal Bella Astillah! - "Kami Tak Rapat Pun, Itu Semua Tak Betul"
Pelakon Chacha Maembong pula tampil menafikan dirinya terbabit dalam kemelut membabitkan Ruhanies, Aliff Aziz dan Bella Astillah seperti dalam paparan skrin perbualan WhatsApp yang tular sejak malam Rabu.
Filem SHERIFF Dengan Kutipan RM100 Juta? Zul Ariffin Buka Rahsia Hampir… | GMW Highlights
Siapa dah tengok filem SHERIFF? Kalau belum, korang memang rugi sebab filem ni memang terbaik! Dengar apa yang Zul share ni!
GMW Highlights
Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted
Kedudukan Terkini Top 5 Carta Mingguan Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#GMWHighlights
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
GMW Highlights
Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted
Kedudukan Terkini Top 5 Carta Mingguan Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#GMWHighlights
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
The Hardest Singing Show Bakal Cabar Kreativiti ‘Shownmanship’ Peserta!
Astro mempersembahkan program realiti terbaharu, 'The Hardest Singing Show', sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan 'showmanship' sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi-penyanyi hebat tempatan.
Tiada Niat Kutuk Bella Astillah, Emma Maembong Akui Silap Tanya Ruhainies - “Saya Minta Maaf Sebab Jadi Kepochi”
Emma akui kesilapannya.
Sarah Yasmine Spill The Tea Lagi, Kongsi Mesej Romantis, Komplot Aliff Aziz & Ruhainies Nak Jatuhkan Bella Astillah?
Sekali lagi wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine menarik perhatian netizen di laman sosial apabila mendedahkan paparan skrin perbualan antara ‘NRF’ dipercayai aktres Ruhainies dan penyanyi Aliff Aziz.
Viral Di TikTok, Hazrat Muaz Disambar Jadi Pelakon & Pengacara! - "Mulanya Saya Buat Suka-Suka Je"
Hazrat Muaz terima tawaran berlakon dan mengacara.
Nadeera Lantunkan Lagu 'Udara', OST Drama Bersiri Framed Lakonan Meerqeen & Mimi Lana
Juara Big Stage musim kelima, Nadeera Zaini tampil dengan single terbaharu berjudul Udara yang menjadi runut bunyi drama bersiri Framed, lakonan hebat Meerqeen dan Mimi Lana.