HIBURAN
Dewi Sahkan Bekas Suami Langgar Taklik Kerana Cik Epal - “Saya Tidak Pernah Bercakap Sebelum Ini Kerana Mahu…”
Isteri kepada usahawan, Jofliam iaitu Dewi akhirnya membuka mulut bercakap mengenai tentang perceraiannya dengan bekas suami sebelum ini.
Menerusi satu perkongsian di Instagram Stories, Dewi telah berkongsi satu tangkap layar yang menunjukkan seorang individu mendakwa bekas isteri Jofliam iaitu Cik Epal menjadi punca pergaduhan antara Dewi dan bekas suami.
Jelas Dewi dia selama ini tidak mahu memberi sebarang kenyataan kerana mahu menjaga aib bekas suaminya itu namun dia telah mengesahkan kenyataan yang diberikan daripada netizen itu.
“Saya tidak pernah bercakap tentang perkahwinan saya sebelum ini kerana mahu menjaga aib bekas suami. Tetapi apa yang dikatakan individu tersebut adalah benar,” katanya.
Dalam pada itu, Dewi juga memaklumkan dia telah menyerahkan semua bukti kepada pihak peguamnya untuk meneruskan kes mahkamah.
“Saya juga tahu Imran akan menjadi saksi kepada kes mahkamah yang telah difailkan.
“Saya sudah hantar semua mesej dan rakaman audio antara saya dan bekas suami kepada pihak peguam. Selebihnya biar dibicara di dalam mahkamah.Saya doakan Imran terus maju dan mendapat ketenangan dan kebahagiaan hidup,” tulisnya.
Terdahulu, Dewi telah selamat bergelar isteri kepada Jofliam pada 5 April 2025.
Majlis serba sederhana itu difahamkan telah berlangsung di kediaman Jofliam dan dihadiri keluarga dan sahabat terdekat sahaja.
Sekadar info, Dewi didakwa sebagai individu yang menjadi punca kepada perpisahan antara Jofliam dan bekas isterinya, Cik Epal.
Jofliam kemudian mengakui menjalin hubungan cinta dengan Dewi serta memaklumkan bahawa mereka bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Untuk rekod, Jofliam dan Cik Epal berkahwin pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Han dan Yuki. Namun, selepas 10 tahun bersama, mereka disahkan bercerai tahun lalu.