DFP Meraikan Lagu-Lagu Raya Ikonik Dengan Komposer Lagenda, Konsert Cahaya Aidilfitri - A Tribute To S. Atan
Azwa Rahman
26/04/2022 10:15 MYT
26/04/2022 10:15 MYT
Irama lagu-lagu raya bakal berkumandang di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) apabila Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) mempersembahkan sebuah konsert penghormatan kepada komposer lagenda Malaysia, S. Atan dalam konsert bertajuk Cahaya Aidilfitri – A Tribute to S. Atan.
Tribute untuk komposer legenda Malaysia, S. Atan ini akan diadakan pada 14 Mei 2022, jam 8:30 malam.
Dipimpin konduktor Ahmad Muriz Che Rose, ‘Cahaya Aidilfitri – A Tribute to S. Atan’ yang dipersembahkan MPO bakal menampilkan artis-artis legenda Malaysia seperti Datuk Jamal Abdillah, Jay Jay dan Azlina Aziz dengan penyampaian simfoni lagu-lagu raya ikonik ciptaan S. Atan seperti 'Cahaya Aidilfitri', 'Dari Jauh Ku Pohon Maaf', 'Joget Hari Raya' dan 'Salam Aidilfitri'.
Mereka akan bergandingan bahu bersama MPO untuk membawa penonton menyusuri memori dengan mempersembahkan nyanyian mereka yang indah.
Konsert bertemakan Aidilfitri yang julung kali diadakan ini akan menyaksikan kebolehan Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) untuk mempersembahkan muzik dari pelbagai genre, daripada karya orkestra klasik kepada muzik filem, pop, jazz dan kontemporari.
Semua lagu-lagu yang dimainkan telah digubah dan diberikan nafas simfonik dari Luqman Aziz, Jenny Chin, Ilham Subri, Gerard Salonga, Ahmad Muriz Che Rose, Vivian Chua dan Syed Sharir.
Menyelurusi kerjaya figura bernama S. Atan sebelum ini, pemilik nama sebenar Hashim Said terkenal sebagai seorang penulis lagu, komposer muzik dan penerbit yang memenangi pelbagai anugerah.
Sepanjang kerjayanya, S. Atan telah menulis, menggubah dan menghasilkan lebih daripada 1,000 lagu-lagu hit untuk ramai artis yang terkenal.