Berita

DG Hisham Dah Geng Dengan Boboiboy Lah! Netizen Puji Tan Sri 'Cute', Suara Padu!

ZULHILMI JALIL
24/10/2020
03:59 MYT
Hampir saban hari kita rakyat Malaysia menyaksikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah tampil di kaca televisyen mengadakan sidang media.
Bertali leher dan memakai jaket rasmi, itulah 'imej' rutin Noor Hisham yang merupakan orang kuat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam manyampaikan perkembangan semasa pandemik Covid-19 di negara ini.
Bahkan, setiap hari jugalah kita semua akan mendengar Noor Hisham yang dianggap 'hero' itu menasihati rakyat Malaysia untuk terus patuh dengan segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam memutuskan rantaian Covid-19.
Begitupun, lain pula kisahnya kini apabila Noor Hisham dilihat mula terjebak dengan dunia animasi.
Eh, nak beralih masuk industri kreatif ke tu?
Semuanya selepas satu video memperlihatkan karakter Noor Hisham membuat kemunculan bersama watak adiwira, Boboiboy yang merupakan kartun animasi kanak-kanak popular.
Video yang tular di beberapa platform media sosial itu merupakan sebuah khidmat pesanan masyarakat (PSA) yang diterbitkan syarikat produksi, Monsta hasil kerjasama KKM yang bertajuk CAPP bersama Tan Sri Dr Noor Hisham dan BoBoiBoy!
CAPP merupakan konsep pembudayaan norma baharu yang bermaksud Cegah, Amalkan, Patuhi dan Pantau dalam memerangi Covid-19.
Video tersebut memaparkan watak Boboiboy dan beberapa rakannya yang lain cuba melawan virus Covid-19, namun misinya tidak berjaya.
Tidak lama kemudian, muncul karakter Noor Hisham sebagai penyelamat yang tampil memaklumkan kepada Boboiboy bahawa tidak perlu sebarang kuasa dalam menghapuskan virus berkenaan.
"Kamu tak perlukan kuasa untuk mengalahkan virus COVID-19, kamu hanya perlukan CAPP. Dengan CAPP anda pun boleh menjadi adiwira," katanya.
Sejak dimuat naik di Youtube, video berdurasi 65 saat tersebut sudah mencecah lebih 160,000 tontonan selain diulang kicau di laman rasmi Twitter KKM lebih 4,000 kali.
Ternyata, di ruangan komen rata-rata netizen memuji watak animasi Noor Hisham itu.
"Padunya suara Dr Hisham! Lepas ni bolehlah ambil jadi pelakon suara untuk mana-mana kartun atau anime studio.
"DG Hisham jadi kartun pun elok.
"Comelnya..," komen sebahagian netizen.
Jadi, kalau anda ingin jadi adiwira, inilah waktunya! Jom sama-sama kita berganding bahu melawan virus Covid-19!
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah Covid-19.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Upin & Ipin Bakal Ada Game, Les’ Copaque Sasar Lancar Tahun Depan! - "Ini Game Mesra Keluarga"

gempak
11/06/2024
07:25 MYT
"Tanpa keganasan dan sesuai untuk semua peringkat umur," demikian kata-kata Pengarah Urusan, Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Haji Burhanudin Md Radzi mengumumkan projek permainan konsol animasi siri Upin & Ipin.
Hiburan

Boboiboy Berterima Kasih Nabil Zamanhuri Pernah Pinjamkan Suara

gempak
26/05/2024
09:50 MYT
Animonsta Studios Sdn Bhd (Monsta) yang menerbitkan siri animasi, BoboiBoy merakamkan ucapan takziah kepada keluarga di atas pemergian penyanyi, Nabil Zafril Zamanhuri pada pagi Ahad.
Hiburan

Mechamato Bakal Ditayangkan Di Jepun 19 Januari Ini!

gempak
15/01/2024
06:02 MYT
Wow! Tahniah MONSTA
Laman Utama

BoBoiBoy Raih 3.5 Juta Tontonan Dalam 24 Jam!

gempak
06/12/2023
05:25 MYT
Wow! Tahniah BoBoiBoy
Laman Utama

Teater Muzikal Upin & Ipin - Pin Pin Pom Ditayangkan Di Astro First! Versi Eksklusif & Lebih Banyak Kesan Visual

gempak
16/05/2023
05:50 MYT
Yeay ada versi eksklusif!