Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

DG Hisham Tegur Noh Salleh Pegang Rokok Di KLFW

Amri Hassan
23/08/2022 10:23 MYT
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah tampil menegur aksi penyanyi Noh Salleh yang memegang sebatang rokok yang tidak dinyalakan ketika muncul di pentas Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW2022).

Menerusi kenyataan di laman Twitter rasminya, Noor Hisham memandang serius isu berkaitan artis yang menampilkan perilaku seperti merokok atau menghisap vape di khalayak ramai.

“KKM memandang serius terhadap isu berkaitan artis yang menonjolkan tingkah laku seperti merokok dan menghisap vape di khalayak ramai.

“Perbuatan ini menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat sekeliling terutama kepada kanak-kanak dan remaja,” tulisnya.

Noor Hisham turut menyeru orang ramai untuk membantu usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengekang budaya merokok.

“KKM menyeru setiap lapisan masyarakat termasuk artis dan selebriti untuk membantu usaha KKM bagi memastikan perbuatan merokok dapat dijadikan sebagai satu budaya yang tidak diterima lagi dalam kalangan masyarakat,” tulisnya di Twitter.

Terdahulu, Noh pernah mencetuskan kontroversi menghisap rokok elektronik semasa ditemubual media dalam sebuah acara yang berlangsung sekitar Julai lalu.
#Viral #KLFW #Hujan #Rokok #Vape #“DG #“Noh #Hisham” #Salleh”
;