"Di Korea & Amerika Syarikat Ada Kesatuan, Duit Filem Boleh Makan Bertahun" - Sharifah Amani

Amri Hassan
Julai 30, 2020 06:17 MYT
"No followers no job!" demikian luahan pelakon Sharifah Amani susulan isu pilih bulu stesen televisyen dan produksi yang mementingkan pelakon punyai ramai pengikut di media sosial berbanding bakat.
BACA: "500,000 Followers Baru Produksi Ambil Berlakon" - Amerul Affendi
Kata Amani, situasi tenat itu sudah sekian lama berlaku hingga meminggirkan pelakon yang berkaliber.
Malah, Amani membandingkan situasi semasa di Amerika Syarikat dan Korea Selatan yang tidak mementingkan jumlah pengikut namun masih kekal relevan.
"Mungkin sebab di Amerika Syarikat dan Korea Selatan ada kesatuan yang menjaga hak dan kebajikan pekerja seni meeka.
"Di US satu filem boleh makan bertahun pasal mereka dapat residuals dan royalti.
"Nak masuk kesatuan di sana bukannya senang, banyak betul pelakon jadi kena buktikan sebelum diterima.
"Bukan siapa-siapa boleh jadi pelakon profesional di sana. Kena ada bukti pelajaran, kerja dan pengalaman yang bertahun, kena ada orang yang diiktiraf untuk sokong," tulis Amani.
Untuk menjadi pelakon profesional di negara tersebut amat sukar memandangkan kefungsian sistem mereka kata Amani.
"Ada yang tak kena, kesatuan mereka boleh tarik pelakon itu dari set atau saman produksi itu," tambahnya.
Berbeza di Malaysia yang hanya ada persatuan.
"Kesatuan ada 'legal rights' yang kita tiada. Bila tiada akta, tiadalah hak.
"Ini memberi ruang untuk sesetengah pihak mengambil kesempatan," ujarnya.
Amani turut berterima kasih kepada netizen yang menyokong dan mengikuti akaun sahabatnya, Amerul Affendi yang sebelum ini mengeluh gara-gara syarat jumlah pengikut tidak mencukupi hingga menyekatnya untuk diambil berlakon.
#Sharifah Amani #Followers #Amerul Affendi