"Di Malaysia Ni Ada Dua UNIC Ke? Please Move On..." - UNIC Kecewa Fitri Haris Masih Nyanyikan Lagu Mereka

Asraf Aided
November 29, 2018 06:40 MYT
Kumpulan nasyid UNIC kesal dengan tindakan bekas ahli mereka, Fitri Haris yang masih menyanyikan lagu kumpulan itu walaupun telah bergerak secara solo.
Bazli yang merupakan salah sorang dari ahli UNIC meluahkan perkara itu menerusi entri terbaru di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Menurut Bazli, UNIC masih aktif menyanyi dan bakal muncul dengan sebuah konsert tidak lama lagi, namun lagu-lagu mereka turut dinyanyikan Fitri dalam persembahan solonya.
"Di Malaysia ni ada dua ke UNIC? Saat kumpulan kami masih ada dan aktif membuat persediaan konsert, ada pula UNIC kedua yang buat konsert dan nyanyi lagu yang sama.
"Come on Fitri, move on please, bina karakter dan identiti sendiri, yakin dengan kemampuan diri untuk pergi lebih jauh tanpa dibayangi UNIC," tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Bazli turut menyatakan bahawa mereka telah berbincang mengenai perkara itu bersama Fitri dua bulan yang lalu dan semuanya telah diselesaikan dengan baik.
Bazli juga menjelaskan kenyataan itu bukan bertujuan untuk mencetuskan pergaduhan, sebaliknya untuk sama-sama berkerja dengan lebih baik dan professional.
Baru-baru ini, Fitri telah berkongsi sebuah entri mengenai konsertnya yang bakal diadakan pada 9 Disember yang turut menyenaraikan lagu-lagu UNIC dalam senarai lagu yang akan dinyanyikan.
#UNIC #Fitri Haris