“Di Mana Ibu Bapa Selepas Waktu Kerja?” Sinis! Netizen Bidas Individu Persoal Kerjaya Guru

Mya Amri
September 30, 2020 02:51 MYT
Baru-baru ini kecoh apabila ada individu yang mempersoalkan kredibiliti guru selepas tamat waktu persekolahan.
Surat terbuka kiriman seorang pembaca wanita yang disiarkan dalam sisipan akhbar Utusan Melayu dengan tajuk Di Mana Guru Selepas Waktu Sekolah ternyata menerima pelbagai reaksi netizen.
Isi kandungan yang menyentuh isu pemantauan guru selepas tamatnya waktu persekolahan dan menyatakan golongan pendidik tidak akur kepada arahan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan menimbulkan rasa kurang senang netizen.
Menerusi tinjauan di laman sosial, netizen membidas kembali kenyataan surat berkenaan dalam bentuk sinis.

Kepada penulis, Di mana pula ibu bapa pelajar selepas waktu sekolah? Adakah keselamatan pelajar bukan juga tanggungjawab ibu bapa mereka sendiri? Adakah guru tidak mempunyai tanggungjawab mereka sendiri di rumah? Keluarga mereka dan juga anak-anak mereka? Renungkan. https://t.co/lBFJkHxR28

— Chuan Teik Min ?? (@teikmin92) September 28, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Di mana guru selepas waktu sekolah? Me: berebut ayam singgit kat kedai

— chimonac (@mimiredzuan__) September 28, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Di mana guru selepas waktu sekolah?? Tny depa balik Di mana ibu bapa selepas waktu kerja?? kesian pengasuh tertunggu-tunggu..?

— Peniti ?? (@Peniti18) September 28, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kawasan sekolah meliputi semua kampung dalam mukim dan daerah yg sama kot ni???? Kena amik tau pelajar makan dekat kedai Mee Sup mana lepas sekolah...pastikan dorg mkn sambil ada jarak sosial????

— DarleenaDarling (@DarleenaDarling) September 28, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tidak kurang juga ada yang menjelaskan kerja-kerja yang dilakukan guru dan juga pengorbanan warga pendidik yang ikhlas terhadap anak murid mereka.

So aku tak pasti la ni sarcasm ke tak, btw, pkp cikgu tak makan gaji buta k. Cikgu menghadap mak bapak kat group wsp yang marah bila cikgu suruh anak buat kerja online. Cikgu² banyak kene masuk kelas online. Kene layan kerenah mak bapak murid online.

— ? (@luqmanluhis) September 28, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Itulah besarnya pengorbanan seorang guru..hinggakan di luar waktu persekolahan pun guru diminta untuk memantau anak anak.. Betul kata orang guru adalah segalanya.. Pendidik,pengajar, pengurus,penjaga, bapa atau ibu, pengawal, penasihat,penyelia, pemudah cara dan lain²

— Shahibon Abu (@ShahibonAbu) September 28, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, kiriman surat terbuka itu juga telah menjadi tular sebaik sahaja diterbitkan oleh akhbar berkenaan pada Isnin (28 September 2020).
#Viral #Viral #Guru