Cef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan meluahkan rasa syukur apabila diberi penghormatan untuk menyediakan makan tengahari buat Duli Yang Amat Mulia Sultanah Hajjah Kalsom di kediaman baginda.

Chef Wan menerusi muat naik di Instagram berkata, walaupun sebelum ini ada yang cuba menabur fitnah dan menjatuhkan reputasi restoran De.Wan 1958, Allah menghantar rezeki buat dirinya.

“Alhamdulilah, rasanya seperti mimpi dapat menyediakan hidangan makan tengahari buat Duli Yang Amat Mulia Sultanah Hajjah Kalsom dan semalam.

“Apabila teringat perbuatan haters yang busuk-busukan, nak jatuhkan restoran ini dengan segala fitnah di media sosial, Allah hantarkan rezeki dari kerabat-kerabat di-Raja, tokoh-tokoh korporat dan ahli-ahli politik ternama kepada saya.

“Semua haters yang buat kejahatan dan kezaliman nanti juga Allah akan balas perbuatan mereka di dunia jika tidak di akhirat nant.,” katanya.

Lebih teruja lagi apabila, pada hari yang sama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir mengunjungi restoran De. Wan 1958 by Chef Wan bersama ahli keluarganya untuk makan tengah hari.

Kata Chef Wan, dalam hidup perlu sentiasa tanamkan sifat yang baik untuk maju, tambahan lagi ketika mahu menempa kejayaan pasti ada yang iri hati dan menyimpan hasad.

“Nak berjaya di dalam apa bidang pun pasti ada orang-orang Melayu penuh dengan sifat-sifat iri hati dan hasad dengki mereka.

“Tidak perlu layan tapi kita teruskan berbuat baik dalam hidup ini dan Allah itu sentiasa ada bersama kita,” luahnya.

Tambah Chef Wan, dia juga mendapat panggilan telefon daripada Jabatan Perdana Menteri yang mahu menempah masakan melayu untuk hidangan makan tengahari ketika kunjungan Presiden Indonesia ke kediaman rasmi Perdana Menteri, hujung minggu ini.

“Alhamdulilah, dan ini merupakan berita yang sangat gembira buat saya kerana mendapat kepercayaan daripada Perdana Menteri untuk memasak kepada ketua negara lain.

“Allah adalah sebaik-baik perancang,” luahnya penuh kesyukuran.

Morning! Alhamdulilah its like a dream to serve at lunch time semlm HRH Sultanah Kalsom and both our PM at lunch between that 12pm to 4pm at 2 seperate location pulak tu.? Apabila teringat perbuatan all this haters yg busuk2 kan nak jatuh kan our restaurant ini with segala fitnah mereka on social media dan google Allah hantar kan rezeki dari kerabat2 di Raja, Tokoh2 Corporate mau pun Ahli2 politics ternama kepada saya. Alhamdulilah didalam hidup kita always remember to tanam kan sifat2 yg baik saja tingkat kan semangat untuk lebih maju di dalam perniagaan kita supaya rezeki itu juga boleh kita memberi pelbagai pekerjaan yg baik kepada pekerja kita yg juga ramai yg baik2 supaya ilmu dan sifat2 yg baik ini menjadi pelajaran dan ikutan semua manusia lain. All haters yg buat kejahatan dan kezaliman nanti juga Allah akan balas perbuatan mereka di dunia jika tidak di akhirat nanti. Nak berjaya di dalam apa bidang pun yg pasti ada orang2 Melayu penuh dgn sifat2 iri hati dan hasad dengki mereka. If u want to be wise u need to exercise patience and brush it off. Pay no attention except continue to do more good things in life and Allah will respect kita much more. While i had a heart to heart brief talk with our PM i told him my desire to bring our Malay cusine to a much higher level of awareness didalam negara mau pun dunia antarabangsa. Tun say by giving away 100% of your personal income for Ramadan to 17 charitable organisation is very honorable. Haters tak buat apa except melakukan kezaliman dan penganiayaan pun Tun. Let them be. Dapat Anugerah Felda Ikon pun depa kata saya bodek Tun M. Padahal U dont even know that i was recieving it at all until u handed it to me! Fitnah mereka ini will come in many form. Tun said buat baik CW Allah nanti jaga pintu rezeki kita. Alhamdulilah pagi ini i got a call from Jabatan PM that Tun M would like us to cook a Malaysian lunch to welcome the visit of the Indonesian President this weekend at Seri Perdana for his state visit to Malaysia. Alhamdulilah and its such a happy new for me to have the trust from my Prime Minister to prepare all this meal for another Head of State. Allah has his way of doing things around!?

A post shared by chef wan (@_chefwan58) on