Pelakon Ardell Aryana terharu kerana ramai yang sudi menyalurkan sumbangan kepadanya dalam misi kemanusiaan di Sabah.

Menurut Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 30, dia tidak menyangka kerana mendapat respon yang positif dari semua golongan dan bangsa yang bersama-samanya membantu mereka yang terjejas akibat pandemic Covid-19.

“Terima kasih rakyat Malaysia dan juga tidak ketinggalan warga Brunei, Indonesia dan Singapura kerana bersama-sama saya memberi sumbangan.

“Saya terharu, di saat ramai yang menghina, masih ramai juga yang berada di belakang bersama saya.

“Bukan sahaja bangsa Melayu, malah Cina dan India juga telah menyumbangkan rezeki mereka bersana dalam mebantu mereka yang kesusahan di sini.

“Saya tak dapat balas jasa anda semua, semoga Tuhan merahmati kita semua,” katanya.

Ardell berkongsi perkara tersebut di Instagram Story (IG) miliknya.

Dalam entri tersebut dia memuat naik foto dan video sepanjang menjalankan misi tersebut.

Ardell difahamkan sudah berada di Sabah sejak beberapa hari lalu bersama badan bukan kerajaan (NGO) yang disertai untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan di Semporna dan Tawau itu.

Sekadar info, Ardell mendirikan rumah tangga dengan pelakon Nadzmi Adwa pada tahun lalu dan kini dikurniakan bayi perempuan, Arwa Malaikha Urwa, berusia lima bulan.