DRAMA

‘Di Sebalik Reda’ Paparkan Konflik Adik-Beradik, Siti Khadijah Cuba Selami Watak Darlina - “Saya Fahamkan Dialog & Berkenalan…”

Asyikin Mayudin 03/07/2025 | 00:55 MYT
Sebuah drama yang bakal mempamerkan konflik adik-beradik dibaluti dengan perebutan rasa terhadap seorang lelaki.

Semuanya dipamerkan melalui drama dengan tajuk Di Sebalik Reda yang diterbitkan oleh Siti Rozmizah Semail di bawah payung SR One dan arahan oleh Fairuz Loy.

Umum tahu kalau drama di bawah SR One pastinya membawakan pelbagai gejolak rasa, manakan tidak, SR One merupakan penerbit drama hebat Astro, Takdir Itu Milik Aku dan Dia Imamku.

Kisah Darlina yang kerap diduga Damia, kakaknya yang kurang upaya hinggakan terpaksa menggadai masa depan dirinya sendiri.

Namun mampukah Darlina menggadaikan cinta hatinya juga apabila Damia kini jatuh cinta pada Taufiq? Sebuah kisah keluarga yang tragis untuk tontonan petang khalayak.

Untuk kali pertamanya, Siti Khadijah Halim membawakan watak Darlina digabungkan dengan pelakon tinggi lampai, Adam Lee dalam menerawang segala rasa dan konflik yang dibawakan melalui drama 30 episod ini yang merupakan sebuah karya asli SR One.

Ditayangkan di Astro Prima pada setiap hari Isnin- Jumaat, pukul 6 petang, ini merupakan kemunculan perdana Siti Khadijah Halim dalam slot Tiara.

Drama ini meneruskan budaya slot Tiara yang mengetengahkan golongan kurang upaya sebagai watak dalam drama.

Menurut Siti Khadijah, cabaran untuk dirinya kali ini ialah membina keserasian dengan semua pihak kerana watak Darlina perlu mempunyai komunikasi yang rapat.

“Saya fahamkan dialog dan berkenalan dengan Darlina. Saya bercakap seperti Darlina di dalam dan luar set untuk ‘mengenali’ nya dengan lebih dekat,” ujar Siti Khadijah tentang proses membawa masuk Darlina ke dalam hidupnya.

Buat Siti, Darlina anak bongsu yang cekal, tabah, kuat dan menyimpan banyak perasaan kerana sering dibuli kakaknya.

Malah dia turut tidak mendapat perhatian dan sokongan dari ibu dan bapanya. Namun Darlina digambarkan segabagi seorang yang sangat penyabar dan mempunyai Impian yang besar,

“Konfliknya datang apabila Darlina perlu mengalah untuk keluarga, Kakaknya menyukai pasangan Darlina dan dalam masa yang sama adakah Darlina sendiri mahu mengejar apa yang dia betul-betul mahukan?

“Itu merupakan konflik yang menarik dan akan membuatkan netizen tertanya-tanya mana satu yang akan dipilih oleh Darlina,” ujar Siti yang menganggap maksud reda membawa erti kita menerima segalanya dengan hati terbuka dan positif tanpa ada perasaan marah, dengki atau benci.

Tonton drama ‘Di Sebalik Reda’ di Astro Prima (saluran 105), mulai 30 Jun 2025, setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang atau strim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka.

Pakej Astro One boleh dilanggani sekarang. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Astro One Entertaiment dengan hanya RM139.99/sebulan.

Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03 9543 3838.

#Drama #Adam Lee #Siti Khadijah Halim #Di Sebalik Reda