Hollywood

Di Usia 42 Tahun, Pelakon Yo Soy Betty La Fea Bogel Untuk Majalah

Fiza Kamarudin
03/10/2017
12:00 MYT
Baru-baru ini pelakon telenovela Yo Soy Betty La Fea, Anna Maria Orozo menggemparkan para peminatnya apabila tampil bogel sebagai penghias majalah.
Anna, juga mengaku tidak kisah mendedahkan seluruh tubuhnya tanpa seurat benang untuk sesi fotografi bersama majalah SoHo itu.
Kata ibu kepada dua orang anak yang berusia 42 tahun itu lagi, dia juga selesa dengan bentuk tubuh badannya.
Tambah Anna lagi, dia tidak pernah ditawarkan untuk bergambar bogel sebelum ini dan apabila tawaran tersebut datang kepadanya, dia tidak menolak.
“Mengapa tidak? Saya gembira dengan foto-foto tersebut kerana hasilnya menakjubkan!”, katanya seperti yang dilaporkan portal Mirror.
Telenovela Yo Soy Betty La Fea pernah menjadi fenomena di Malaysia sekitar tahun 2002 yang mengisahkan tentang seorang gadis naif dan hodoh bertukar menjadi jelita.
Filem-filem Amerika Latin yang turut mendapat tempat di hati peminat tempatan ialah Maria Mercedes, La Usurpadora, Mis Tres Hermanas, Rosalinda dan banyak lagi.
Dalam pada itu Astro kini sedang menayangkan sebuah telenovela popular dari Filipina, berjudul Dolce Amore yang dialih bahasakan ke Bahasa Melayu.
Dolce Amore bersiaran di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135) pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, bermula pukul 7 malam - 8 malam.
Berita/Foto: Mirror
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Keanu Reeves Sentiasa Ingat Mati, Minta Semua Hargai Hidup

gempak
25/07/2024
14:21 MYT
Aktor Keanu Reeves telah melalui episod kehilangan ramai orang yang disayangi dalam hidupnya.
Hollywood

Celine Dion Dibayar RM9 Juta Untuk Nyanyi Satu Lagu Di Olimpik Paris 2024

gempak
25/07/2024
00:30 MYT
Khabar angin legenda pop terkenal dunia Celine Dion akan tampil kembali di upacara perasmian Sukan Olimpik Paris, awal pagi Sabtu ini semakin bertiup kencang.
Filem

"Saya Bangga Bawa Cerita & Bakat Asia" - Ratu Cantik Malaysia Buka Langkah Di Hollywood

gempak
18/07/2024
08:55 MYT
Ratu Cantik kelahiran Malaysia, Rachel Tan berbangga dapat membawa kisah dan bakat ke persada perfileman Hollywood.
Hollywood

Bintang Beverly Hills 90210 & Charmed, Shannen Doherty Meninggal Dunia

gempak
14/07/2024
13:27 MYT
Khabar duka datang dari dunia Hollywood. Salah seorang aktres terkenal sekitar tahun 90-an, Shannen Doherty meninggal dunia pada usia 53 tahun.
Hollywood

Spider-Man Tobey Maguire Didakwa Bercinta Dengan Model 20 Tahun, Berdarah Malaysia

gempak
09/07/2024
12:55 MYT
Peminat Tobey Maguire sedang mencari kebenaran di sebalik beberapa keping gambar aktor tersebut memegang pinggang dan memakai baju warna sedondon dengan seorang model muda.