Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Dia Ada Berkenalan Dengan Lelaki…”-Ezzaty Abdullah Berang Pembantu Rumah Lari Sebab Lelaki

Shahrin Zulkifle
27/06/2022 00:50 MYT
Pelakon Ezzaty Abdullah memaklumkan pembantu rumahnya wanita warga Indonesia telah membuat cubaan untuk melarikan diri pada pagi Jumaat lalu.

Isteri kepada aktor Azwan Kombos itu memaklumkan kejadian berlaku ketika dia sedang berada di set pengambaran sebuah siri.

“Hari ni saya ada pengambaran, tiba-tiba saya dapat call dari orang yang buat construction dekat rumah saya beri tahu pembantu rumah saya lari.

“Kebetulan rumah saya sekarang ada construction di bahagian dapur belakang, mereka yang tolong tengokkan anak saya masa pembantu saya lari.

“Kemudian suami saya cepat-cepat balik rumah, dengan maklumat yang diberikan oleh jiran-jiran saya, suami saya dapat jumpa pembantu saya itu dan bawa balik ke rumah semula. Suami saya cakap dah agak jauh dia lari masa tu.

Ibu kepada dua cahaya mata itu turut berkata, sebelum ini pembntunya pernah memberitahu tentang perkenalanya dengan seorang lelaki warga tempatan.

“Dia ada berkenalan dengan seorang lelaki, jadi saya rasa dia lari untuk pergi dekat lelaki itu.

“Saya ini jenis majikan yang tidak ketat dan tidak kawal sangat, jadi saya beri kelonggaran untuk dia menggunakan telefon, sebab saya kesian dengan dia ada anak di Indonesia.

“Tujuan saya beri telefon tu untuk dia berhubung dengan anak-anak dia, saya ini seorang ibu, jadi saya rasa perasaan ibu dan anak itu, tapi disalah gunakan pulak kelonggaran yang saya bagi pada dia.

“Dia pernah bagi tahu saya, lelaki yang dikenalinya itu menawarkan gaji RM3000 sebagai pekerja kedai makanan.

“Saya marah dia, saya beritahu itu penipu, tiada kedai makanan akan semudah itu bagi jumlah yang agak banyak.

“Saya siap pesan, berkemungkinan lelaki itu akan pergunakan dia, contoh menjual dia atau perkara buruk lain boleh jadi.

“Dia baru sangat dengan saya, dalam sebulan, itu pun sebabnya saya sudah mula masuk set, jadi tiada yang boleh menjaga anak-anak

“Baru sebulan kerja dia dah minta cuti, saya tak sedap hati, sekali dia cerita pasal lelaki yang dia kenal tu.

“Jadi lepas ini saya akan pulangkan dia semula kepada agensi untuk keselamatan saya dan dia juga,” luah Ezzaty dengan nada kecewa.

Ezzaty ditemui ketika menjalankan pengambaran sebuah siri terbitan Astro Shaw arahan Jason Chong dan Imri Nasution. Selain Ezzati siri sebanyak 12 episod ini turut dibintangi oleh Tiz Zaqyah, Nazrief Nazri, Dato Jalaluddin Hassan dan ramai lagi
#Viral #Ezzaty Abdullah #Polis #Pembantu Lari Rumah