"Dia Ada Seorang Lagi Isteri & Seorang Lagi Anak" - Hampir Jadi Isteri Ketiga, Pelakon Baru Ini Dakwa Ada Hubungan Dengan Amar Asyraf

Asraf Aided
Oktober 10, 2019 08:49 MYT
Pelakon baru, Ellika Azman, 24, tampil membuat pendedahan dan mendakwa dirinya menjalinkan hubungan dengan pelakon Amar Asyraf.
Menerusi laman Instagram Ellika, bakat baru ini berkongsi perkara terbabit bersama beberapa keping foto dan videonya bersama Amar.
Dakwa Ellika, mereka telah menjalinkan hubungan sejak September tahun lalu dan dia tahu status Amar sebagai seorang lelaki yang telah mempunyai isteri.
Ellika juga mendakwa mereka telah merancang untuk mengadakan majis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung minggu hadapan.
Namun begitu, Ellika mendakwa dia membantutkan hasrat untuk berkahwin dengan Amar kerana mendapat tahu yang aktor itu mempunyai seorang isteri dan seorang anak hasil perkahwinan kedua.
Berikut adalah kenyataan pelakon wanita tersebut yang dibuat menerusi entri di akaun Instagram miliknya:
Ekoran pendedahan itu, entri tersebut mendapat pelbagai respon berbeza dari orang ramai.
Untuk rekod, Amar berkahwin dengan Arna Salleh pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan dua orang anak, Muhammad Taufik dan Ammara Dian.
#Ellika Azman