Hiburan
"Dia Adalah Bapa Saya" - Zizi Zulkifli Rasa Kehilangan Besar
Pelakon dan pensyarah Zizi Zulkifli, 42, memberitahu dia dan keluarga Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah sangat rapat bukan sahaja sebagai kenalan artis.
Menurut Zizi, kehilangan Pak Ngah sangat memberi kesan terhadap peribadinya.
"Pak Ngah memang rapat dengan ayah saya. Jadi saya memang membesar di depan mata dia.
"Saya berdiri di sini bukan sebagai rakan seni tetapi dia adalah bapa kepada saya.
"Kehilangan dia sangat besar kesannya kepada peribadi saya," katanya.
Zizi atau nama sebenarnya Dr Norzizi Zulkifli berkata Pak Ngah tidak suka berkongsi jika dia sakit atau dimasukkan ke hospital.
"Pak Ngah tidak ingin orang luar selain ahli keluarganya tahu tentang kesakitannya.
"Jika dia dimasukkan ke hospital, dia tidak mahu orang luar susah hati dengan keadaannya," katanya kepada Gempak.
Pak Ngah yang popular dengan lagu Cindai, Dikir Puteri dan Samrah Mentari meninggal dunia petang semalam akibat kegagalan jantung di Batam, Indonesia.
Must-Watch Video