Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor mengimbas kembali kenangan sewaktu pertama kali bertemu isterinya, Dr. Halina Mohd. Yunos.

Dr Muszaphar berkongsi kisahnya menerusi entri terbaru di akaun Instagramnya bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka.

Menurut Dr Muszaphar, umur bukanlah penghalang untuk seseorang mendirikan rumah tangga yang bahagia.

“Foto - Ulang tahun ke-9 kami. Apabila saya bertemu dengan Dr.Halina pada tahun 2003, dia adalah pelajar saya di HUKM yang menjawab semua soalan saya. Di situlah bermulanya minat dan daya tarikan berlaku.

“Saya hanya seorang doktor muda yang melakukan Sarjana dalam Ortopedik pada masa itu diusia 30 tahun - Haha itu sangat muda untuk saya.

“Tetapi saya bukan hanya mencari ‘beauty with brains’. Saya mahukan lebih daripada itu… Saya tahu apa yang saya mahu.

“Saya sedang mencari seseorang yang mempunyai semua sifat - kepercayaan, keluarga, intelektual dan juga keindahan.

“Ayah saya memberitahu saya bahawa jika anda mahu berkahwin dengan seorang wanita, bertemu ibunya dan anda akan tahu segala-galanya mengenai dia.

“Dia akan sama seperti ibunya dalam setiap aspek dan betul kata ayah. Jika bukan disebabkan Program Angkasawan, saya telah berkahwin awal dengan Dr Halina.

“Latihan dan pemilihan ke angkasa itu sendiri telah menyebabkan saya memerlukan masa tambahan selama 5 tahun dan lagi 2 tahun diperlukan setelah kembali untuk memenuhi tugas saya sebagai angkasawan.

“Saya selalu merasakan umur yang baik untuk seorang lelaki berkahwin adalah pada usia 32 tahun manakala untuk wanita pula adalah 28 tahun.

“Namun, Allah lebih tahu. Alhamdulillah pada tarikh 10.10.10 saya telah berkahwin pada usia 38 tahun dan Dr Halina, 30 tahun.

“Ia juga secara kebetulan merupakan tarikh ulang tahun saya ke angkasa yang ke -12, 10.10.07. Dan pesanan terakhir arwah bapa saya- jika boleh, cari seorang isteri yang jarak usianya 10 haha.

“Dan sekarang dengan 4 orang cahaya mata, Bella, Tasha, Adam & Noah dan Insya-Allah akan datang, saya berasa benar-benar berasa gembira, puas dan diberkati.

“Harap semuanya akan berkekalan hingga akhir hayat – Amin. Selamat ulang tahun sayangku… Ibu kepada anak-anakku…

“Sentiasa bersabar, memberikan kepercayaan kepada saya dan juga sumber kekuatan hidup saya. Love you till Jannah,” tulisnya.

Pic - Our 9th Anniversary When I met Dr Halina way back in 2003 , she was a student of mine at HUKM answering my every questions . That’s when the interest and attraction sets in ... I was just a young doctor doing my Masters in Orthopaedic at the time at the age of 30 - Haha that’s young to me ... But I wasn’t just looking for beauty with brains . I wanted more than that ... I knew what I wanted ... I was looking for someone who has all the attributes - her faith , family , intellectuality and certainly beauty comes into play too . My Dad told me that if you wanted to marry a woman , date her mother and you will know everything about her . She will be exactly like her mother in every aspect and was my Dad right ... I’d had married earlier then with Dr Halina if it was not for the Angkasawan Programme . The training & selection to Space itself cost me an extra 5 years and another 2 years upon coming back to fulfil my duties as an astronaut . I have always felt 32 is a good age for a man to settle down and 28 for women . But Allah knows best . Alhamdulillah on the 10.10.10 married at the age of 38 to Dr Halina 30 years old . It also coincides with my 12th anniversary to Space - 10.10.07 And my late Dad words of wisdom - to find a wife with a gap of 10 years if possible . Haha And now with 4 children Bella , Tasha , Adam & Noah and InsyaAllah with more to come , I’m truly content , fulfilled and blessed . Hoping it will lasts forever - Amiinn Happy Anniversary my love ... The Mother of my Children ... Continue being patient , for believing in me and being the pillar of my strength .... Love you till Jannah Just sharing ... Salam Everyone ... Love As Always ... PS - TQ Everyone for all your DM messages ? PSS - A short breakfast date this morning before leaving to Alor Gajah for my talks in the afternoon ... PSSS- I don’t usually open up talking about love publicly but today is an exception ...

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on


Terdahulu, Dr Muszaphar berkahwin dengan Dr Halina Mohd pada Oktober 2010 dan dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.

Dua orang puteri yang diberi nama Sophea Isabella dan Sophea Natasha serta dua putera kembar, Sheikh Adam dan Sheikh Noah.