"Dia Ambil Susu Dalam Peti Ais Campur Dengan Losen Badan..." - Shahida Akui Pernah Stres Hadap Perangai Pelik Qadejah Gara-Gara....
ZULHILMI JALIL
28/01/2020 09:39 MYT
28/01/2020 09:39 MYT
Isteri usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida, mengakui pernah tertekan ekoran perangai pelik anak perempuannya, Qadejah El-Zahra yang mengalami masalah disleksia.
Shahida berkata, perangai anaknya itu benar-benar menguji kesabarannya, lebih-lebih lagi apabila anaknya itu seolah-olah tidak mempunyai perasaan biarpun dimarahi.
"Dulu saya stres dengan Qadejah sebab perangai dia berbeza dengan Ammar. Perangainya pelik-pelik. Ada sahaja benda dia buat hari-hari dari kecil.
"Dia ambil susu dalam peti ais dan dia campurkan dengan losen badan dan dia masukkan balik dalam kotak susu tu, nasib yang minum tu tak mati.
"Umur tiga tahun dia kunci pintu bilik dari dalam dan ambik gunting dan digunting rambutnya sendiri sampai pendek sebab nampak Baem potong rambut," kongsi Shahida menerusi satu entri di Instagram miliknya.
Shahida berkongsi hal tersebut sebagai mengimbau kenangan pengalamannya membesarkan anak istimewa itu yang mengalami masalah disleksia.
Biarpun perlu berdepan dengan perangai aneh Qadejah, kata Shahida, dia menyifatkan anaknya itu seorang yang cukup rajin jika disuruh melakukan sesuatu kerja.
"Budak ini tak ada perasaan kena marah, kena cubit ke, dia tak nangis pun, muka dia selamba sahaja! Tapi bab rajin nombor satu, tak ada orang boleh lawan dia! Paling baik layan orang, ramah dan disenangi," katanya.
Sebelum ini Shahida pernah memaklumkan bahawa anak keduanya itu disahkan mengalami disleksia ketika usianya enam tahun.
Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007. Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiya.