“Dia Antara Rakan Artis Yang…”- Ziana Zain Puji Rozita Che Wan

Syafiqah Jalal
Ogos 18, 2020 08:54 MYT
Penyanyi dan pelakon, Ziana Zain memuji sikap pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan Che Ta yang dikatakan mempunyai pakej lengkap sebagai kawan.
Menurut Ziana, Che Ta seorang yang mudah untuk bekerjasama serta pandai bergurau senda.
“Che Ta antara rakan artis yang saya senang bekerja, berbual dan bergurau senda.
“Bak kata orang complete la package sebagai kawan. Yang paling best kita tak kering gusi dgn dia ni.
“Antara pengalaman indah, sewaktu pertama kali digandingkan di dalam drama Janda Kosmopolitan,” katanya.
Pelantun lagu Madah Berhelah itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto bersama Che Ta dalam satu sese fotografi.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji gandingan mereka berdua yang dilihat sangat mantap.
#Che Ta #Ziana Zain #Rozita Che Wan