Rupanya, panjang lagi kisah penderaan yang dialami oleh kanak-kanak istimewa yang dikenali dengan nama Adik Bella. Semalam, seorang penghuni Rumah Bonda memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa dia menggigit perut Adik Bella selepas diarahkan pengasas rumah kebajikan itu, Siti Bainun Ahd Razali.
Saksi pendakwaan kelima, Yasmin Nahar Mahmood berkata demikian di hadapan Hakim Izralizam Sanusi selepas dirujuk sekeping gambar kesan gigitan dalam prosiding kes menganiaya dan mengabaikan Bella sehingga mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Remaja berusia 18 tahun itu berkata, tindakan itu diambil kerana Bella enggan mengikut arahan Siti Bainun.
“Ini menyebabkan Siti Bainun geram, jadi dia arah saya ambil picagari berisi air panas, beri (pancut) pada Bella.
“Bella menggelupur, tapi dia tak rasa sakit menyebabkan Siti Bainun jadi marah kemudian dia arah saya gigit perut Bella,” katanya.
Ketika menjawab menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Zilfinaz Abbas, remaja itu berkata, selepas keadaan Bella diketahui oleh rakan baik Siti Bainun, Zurianty Sudin, 39, tertuduh menyuruhnya mengajar Bella supaya menipu.
“Siti Bainun arah saya dan dua lagi penghuni Rumah Bonda iaitu Aida dan Balqis menipu sesiapa sahaja yang bertanya.
“Contohnya, kalau soalan ada tak orang pukul, suruh Bella cakap tak ada, manakala bagi air panas pula, suruh kanak-kanak itu beritahu dia buat pada diri sendiri,” katanya.
Bagaimanapun saksi itu berkata, mereka gagal mengajar Bella kerana Zurianty yang lebih dikenali sebagai ‘mommy’ menghubungi ambulans dan mengambil kanak-kanak itu turun ke bawah.
Dalam prosiding, saksi itu berkata, dia berasa takut selepas ‘mommy’ mengetahui keadaan Bella namun dia merasa lebih takut sekiranya Siti Bainun mengetahui mereka menceritakan perkara sebenar.
Zilfinaz: Boleh Yasmin ceritakan apa yang berlaku pada 24 Jun 2021?
Yasmin: Kedatangan ‘mommy’ bernama Zurianty ke kondominium di Wangsa Maju untuk pantau kami iaitu saya, Aida dan Balqis, begitu juga anak-anak kecil yang lain sebab kami dijangkiti Covid-19 pada 23 Jun.
Zilfinaz: Bagaimana Yasmin tahu ada yang positif Covid-19?
Yasmin: Memandangkan ada kes Covid-19 di Rumah Bonda Setapak, jadi Siti Bainun hubungi doktor untuk buat ujian pada kami.
Zilfinaz: Siapa yang ambil ujian?
Yasmin: Siti Bainun, Ina, Aida, Balkis, saya, Tulus, Arian dan Mariam kecuali Bella.
Zilfinaz: Kenapa Bella tak buat?
Yasmin: Dia dikurung di bilik dobi dan diberi arahan supaya tidak bising.
Zilfinaz: Lepas itu apa yang berlaku?
Yasmin: Siti Bainun terima panggilan supaya menjalani kuarantin di Hospital Sungai Buloh.
Pada 20 Ogos 2021, Siti Bainun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, sebagai orang yang
dipertanggungjawabkan untuk menjaga kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun telah mengabaikan iaitu dengan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi.
Pada 20 November 2021, Pengasas Rumah Bonda itu didakwa sekali lagi di mahkamah sama atas pertuduhan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun.
Perbicaraan bersambung Rabu depan.
Sumber: Astro Awani
Izwan Isa
Sat Apr 09 2022
Wani Kayrie Simpati Dengan Nasib Bella Astillah, Enggan Campur Urusan Rumah Tangga Sepupu Sendiri
Dek kerana kemelut rumah tangga yang berpanjangan, isu hubungan pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah telah meraih perhatian ramai pihak. Memberi pandangan berhubung permasalahan tersebut, penyanyi Wani Kayrie yang juga ahli keluarga kepada Bella Astillah hanya mampu meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku terhadap saudaranya
Ibu Zaki Yamani Terkejut Nama Dipetik Dalam Perbualan WhatsApp Viral - “Tak Pernah Berbual Langsung Hal Mereka”
Ibu Zaki harap tak dikaitkan dengan isu itu.
Tom Takut Disaman, Padam Perkongsian Mengenai Sarah Yasmine - “Mana Nak Cekau Nak Bagi Kat Awak 100K, 300K”
Tom padam perkongsian mengenai Sarah Yasmine.
Ruhainies Mohon Maaf Kepada Bella Astillah, Luah Hasrat Untuk Bertemu - “Saya Mahu Mengajak Sarah Yasmine Juga…”
Semoga dapat selesai dengan baik.
#TRAVELMANA: Istana Gyeongbokgung Korea Akan Dibuka Untuk Lawatan Malam Mulai Mei Ini
Istana Gyeongbokgung, istana utama Dinasti Joseon yang didirikan pada tahun 1935 di Seoul, Korea Selatan, kembali dibuka untuk lawatan malam mulai 8 Mei hingga 2 Jun 2024.
Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk
Netizen Korek Gambar Lama Ruhainies Makan Bersuap Dalam Ferrari, Netizen: “Macam Mana Boleh Downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Netizen Samakan Ruhainies Dengan Karakter Jung Soo Min Dalam Drama ‘Marry My Husband’ - “Perangai Sebiji La Macam Dia Ini”
Alamak...
Gempak Most Wanted Perkenalkan Anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month! Jom Calonkan Hero Pilihan Korang Sekarang
Selain 11 kategori yang sedia ada dalam Gempak Most Wanted, satu kategori baharu diperkenalkan iaitu Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.