Laman Utama

“Dia Baik, Sopan, Tidak Gedik Langsung Di Set” - Osman Ali Nafi Dakwaan Sophia Albarakbah Suka Kacau Suami Orang

gempak
Shahrin Zulkifle
10/02/2023
01:00 MYT
Sponsor Banner
“Dia Baik, Sopan, Tidak Gedik Langsung Di Set” - Osman Ali Nafi Dakwaan Sophia Albarakbah Suka Kacau Suami Orang

Sekian lama mendiamkan diri, pengarah Osman Ali akhirnya tampil memberi penjelasan susulan isu pelakon Sophia Albarakbah yang juga ‘heroin’ dalam drama arahannya dikatakan tersuka dan jatuh cinta kepada aktor Aliff Aziz.

Kata Osman, 50, isu tersebut seharusnya tidak perlu dipanjangkan kerana dikhuatiri akan menggangu proses penggambaran terutama barisan pelakon lain dan pihak produksi.

Pun begitu, Osman tetap memberi pujian kepada Sophia dan Aliff kerana sentiasa memberikan komitmen yang tinggi ketika berada di set.

“Saya harap sangat perkara ini tidak dipanjangkan sehingga akan mengganggu proses kerja pelakon dan team produksi.

“Saya akui memang mereka berdua (Sophia dan Aliff) bekerja sangat keras bagi menjayakan watak masing-masing dan komitmen tinggi secara profesional diberikan.

“Bila ada yang kata ini marketing, langsung saya katakan ini bukan sebahagian daripada marketing,” katanya kepada Gempak.

Dalam masa sama, pengarah filem Ombak Rindu itu turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa Sophia sememangnya terkenal dengan sikap suka mengganggu suami orang.

“Mengenai perkara itu saya tidak tahu kerana masih belum kenal, tapi sepanjang dia bekerja dengan saya, dia sangat baik, komited, berdisiplin, sopan santun dan tidak gedik langsung di set.

“Malah saya tidak nampak pun elemen bermanja-manja di lokasi seperti yang didakwa sesetangah pihak terhadap Sophia. Dia tiada masalah itu,” tambahnya.

Sementara itu, Osman berkata dia sudahpun berjumpa dengan aktor dan aktres tersebut bagi menyelesaikan isu berkenaan.

“Saya tidak mahu timbulkan perbalahan. Saya dah jumpa mereka berdua, dalam perbincangan kami, saya mahu isu yang timbul diselesaikan secara baik.

“Saya menghormati setiap kehidupan peribadi mereka, saya tidak menyebelahi mana-mana pihak.

“Isu peribadi antara mereka berdua saya tidak sangat mengambil tahu, saya bertindak profesional dengan menjalankan tugas saya sebagai pengarah,” ujarnya lagi.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live