Laman Utama

“Dia Berhak Bahagia, Semoga Bertemu Jodoh Yang Baik-Baik” - Tak Iri Hati, Azira Shafinaz Sentiasa Doakan Sharnaaz

gempak
Mya Amri
24/05/2023
01:42 MYT
Sponsor Banner
“Dia Berhak Bahagia, Semoga Bertemu Jodoh Yang Baik-Baik” - Tak Iri Hati, Azira Shafinaz Sentiasa Doakan Sharnaaz
Pelakon Azira Shafinaz tidak berasa iri hati melihat kebahagiaan sahabatnya, Sharnaaz Ahmad yang kini dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon baharu, Amelia Christie.
Bahkan kata Azira, Sharnaaz berhak untuk merasai bahagia dan dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat bapa kepada Jebat Jayden itu.
“Macam yang saya perkatakan sebelum ini, saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat Sharnaaz walau dengan siapa pun dia keluar atau berkawan.
“Pada saya dia juga mempunyai hak untuk berasa gembira. Dia pun seorang bapa dan saya pasti semestinya dia juga mempunyai impian untuk memiliki keluarga baharunya sendiri.
“Saya sentiasa doakan agar segalanya berjalan lancar buat Sharnaaz. Semoga dia bertemu dengan jodoh yang baik-baik. Insya-Allah,” katanya ketika ditemui Gempak.
Azira berkata demikian ketika sesi lawatan media ke set penggambaran filem, Sheriff yang berlangsung di Bandar Malaysia, Sungai Besi pada Isnin.
Dalam pada itu, Azira juga turut menjelaskan hubungannya dengan Sharnaaz sebelum ini hanyalah sekadar sahabat baik.
Jadi disebabkan itu, Azira berkata tiada sebab bagi dirinya untuk berasa cemburu atau iri hati terhadap hubungan Sharnaaz dengan wanita yang diperkatakan itu.
“Saya ada lihat video ketika Sharnaaz hadir ke tayangan perdana Polis Evo 3. Saya rasa itu satu perkara yang sangat bagus.
“Saya pun tiada nak rasa iri hati. No! Saya dan Sharnaaz pun hanya berkawan. Sebab itu saya selalu rasa kelakar bila orang bertanya mengenai kami.
“Sebab secara jujurnya saya bukan seseorang yang suka sibuk atau ambil tahu mengenai orang lain. Jadi bila saya nampak, saya okay sahaja dia keluar bersama teman wanita baru,” jelasnya.
Terdahulu, Azira sebelum ini digosipkan bercinta dengan Sharnaaz selepas pelakon kacak itu memuat naik foto memeluk bahunya di IG Stories.
Malah Azira dan Sharnaaz juga kelihatan agak mesra dan saling berbalas komen di media sosial masing-masing.Dalam perkembangan terbaharu, Azira bakal membawakan watak sebagai Sha yang juga merupakan seorang pegawai polis di Jabatan Narkotik menerusi filem Syerif.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live