“Dia Berhasrat Untuk Perbaiki Nyanyian Mei Tahun Lalu, Namun... “ - Haaa Cikgu Vokal Dah ‘Buka Mulut’ Isu Nabila Razali!
18/03/2021 23:20 MYT
Penyanyi yang juga guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat akhirnya tampil meluahkan pandangannya terhadap persembahan Nabila Razali di pentas Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35).
Menurut Syafinaz, dia sentiasa terbuka dan menyokong mana-mana penyanyi yang ingin memperbaiki nyanyian mereka.
Jelasnya, ramai artis baru dan juga nama besar sebelum ini menyatakan hasrat, malah sudi belajar dengannya.
“Saya percaya kesungguhan dan dedikasi boleh mengatasi kelemahan. Pembelajaran yang konsiten adalah kunci kejayaan.
“Nabila menyuarakan hasrat untuk memperbaiki nyanyiannya Mei tahun lalu.
“Namun halangan kesihatannya, jadual kerja kami yang padat dan situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan proses pembelajarannya agak mencabar.
“Kelas intensif hanya dapat dilakukan sebaik PKP 2.0 berakhir,” katanya.
Tambahnya, video amatur yang dimuat naik di Instagramnya tu bukanlah nyanyian Nabila yang terbaik.
“It’s far from perfect tapi lebih baik daripada apa yang dia lakukan di atas pentas AJL.
“Umum hanya melihat kejadian ‘terkucil’ manakala saya pula melihat dari aspek kualiti tonal & perkembangan ‘musicality’-nya.
“Selain tekanan akibat dari ekspektasi, seorang penyanyi juga perlu ‘battle his/her inner demons’ apabila berada di atas pentas mega itu.
“Anggaplah ini langkah dia bertatih sebagai seorang penyanyi. Dia sedar jauh lagi perjalanannya sebelum dia boleh berlari.
“Jangan patahkan semangat perjuangannya. This is Nabila’s journey….,” katanya.
Anda bolelh lihat posting di bawah.
Untuk rekod, Nabila sebelum ini menjadi tumpuan netizen apabila sekali lagi terkucil ketika menyampaikan lagu Peluang Kedua di AJL35, Ahad lalu.
Insiden itu sekali gus menjadi perdebatan ramai khususnya di platform Twitter.
BACA: “Ya Allah Kesiannya, Boleh Nampak Dia Tertekan” - Malang Buat Nabila Razali, Terkucil Di Pentas Final AJL35