"Dia Bersin Pun Mesti Sedap" - Nyanyian 'Wheels On The Bus' Tokti Buat Ramai Netizen Tak Keruan

Hanafis Haris
November 11, 2019 10:13 MYT
Berilah apa saja lagu, semuanya sedap didengar apabila didendangkan oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau yang lebih mesra disapa Tokti.

Terbaru, lagu kanak-kanak Wheels On The Bus dinyanyikan Siti Nurhaliza pula mencuri perhatian.

Dimuat naik di Instagram (IG) Story Siti Nurhaliza, video berdurasi 21 saat itu kemudian viral apabila dikongsi semula oleh satu pengendali akaun Twitter.

"Tokti nyanyi Wheels On The Bus pun dah sedap weh.

"Kalau lepas ni Tokti tetiba buat album Nursery Rhymes pun confirm aku beli tau," kata pengendali akaun tersebut.

Sehingga kini posting tersebut telah menerima 13,000 perkongsian dan 12,300 likes.

Melihat pada reaksi netizen, rata-rata turut memuji kelunakan Tokti menyanyikan lagu berkenaan.

Tidak kurang juga yang meminta supaya Tokti menghasilkan album penuh khusus untuk lagu kanak-kanak.

Anda boleh lihat antara komen dan reaksi menarik di bawah.

Tokti nyanyi Wheels On The Bus pun dah sedap gila weh ? Kalau lepas ni Tokti tetiba buat album Nursery Rhymes pun confirm aku beli tau pic.twitter.com/B0Qhlmkphu

— Alan Al Padat (@IniAlannn) November 10, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tok ti ni kalau dia bersin pun mesti sedap..

— lan careno (@lan_careno) November 11, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ku ketawa kecil kerana kok sedap banget sih nyanyiannya

— sʏɪᴇʀᴀʀᴀʀᴀ (@syierakama) November 10, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Viral #Viral #Siti #Aafiyah