Pendakwah bebas PU Azman tampil menyatakan pendiriannya terhadap isu dialog tular membabitkan watak Fizi baru-baru ini.

Jelas PU Azman, dia tidak bersetuju apabila ada segelintir menyalahkan Fizi atas kapasiti watak itu mewakili golongan kanak-kanak yang belum baligh.

"Korang jangan salahkan Fizi. Saya tak setuju. Dia budak kecik, fikir ikut logik.

"Kanak-kanak belum baligh. Tiada beban dosa. Bercakap apa yang mereka faham.

"Watak Fizi memaparkan itulah realiti kanak-kanak. Kita juga pernah jadi kanak-kanak.

"Kita lihat watak Fizi dari sudut positif. Pertama, untuk marketing Upin Ipin itu sendiri," katanya.



Justeru, PU Azman menasihati orang ramai agar berfikiran terbuka dan lebih matang.

"Kita yang dewasa ini perbetulkan keadaan bagaimana sewajarnya ibu bapa mendidik dengan neraca ilmu yang betul.

"Fizi (sikap dan cara fikir) sangat ramai dalam dunia kanak-kanak.

"Lebih sadis, yang tua bangka pun ada yang fikir macam Fizi," nasihatnya.

Terdahulu, tular video yang memaparkan dialog Fizi berbunyi 'kalau tak ada ibu, tak adalah syurga' yang mencetuskan kemarahan peminat dari Indonesia.

BACA: Fizi ‘Is Cancelled’ Oleh Peminat Upin Ipin Indonesia Gara-Gara Dialog “Kalau Tak Ada Ibu, Tak Adalah Syurga!

Lantaran, ada segelintir yang menggesa watak itu membuat permohonan maaf.

BACA: “Harap Bersabar Ya, Video Fizi Mohon Maaf Sedang Dalam Pembikinan” – Pengarah Urusan Les’ Copaque

PU Azman turut menerangkan kenyataan 'syurga di bawah tapak kaki ibu' berdasarkan dalil hadis.

"Ini hadis tak sohih. Sebahagian ulama menyatakan hadis ini palsu dan sebahagian yang lain menyatakan sangat lemah. Tapi maksud hadis ini betul. Bahawa ibu adalah peluang anak untuk ke syurga," katanya.