HIBURAN
“Dia Bukan Macam Tu, Dari Kecil Dia Ajar Saya…” – Nabila Huda
Selepas mencetuskan tanda tanya menerusi sebuah video bermonolog di Instagram, pelakon Nabila Huda tampil mempertahankan seorang individu lelaki yang disebut-sebut berkait dalam naratif tersebut.
Menerusi satu hantaran di laman X, Nabila atau lebih mesra disapa Abil berkata, lelaki tersebut bukan seperti yang digambarkan dan merupakan sosok yang banyak membentuk peribadinya sejak kecil.
“Dia bukan macam tu. He’s always polite, very cool. Semua sifat rendah diri, karakter yang ada dalam diri saya, datang dari dia. Dari kecil lagi dia selalu ajar saya untuk sentiasa jadi orang yang humble,” tulis Nabila.
Luahan itu dilihat sebagai penegasan bahawa lelaki terbabit yang tidak dinamakan secara jelas sebenarnya seorang yang baik dan banyak menyumbang kepada pembentukan nilai murni dalam dirinya.
Terdahulu, video monolog Abil mencuri perhatian ramai apabila mengandungi bait kata sinis terhadap seorang wanita yang digambarkan sebagai tamak, pentingkan harta dan sanggup membiarkan suami dihina akibat perbuatannya sendiri.
Walaupun tidak menyebut nama, ramai netizen membuat pelbagai spekulasi mengenai individu yang dimaksudkan, lantas mencetuskan perbincangan hangat di media sosial.
Namun dengan kenyataan terbaharu itu, Nabila dilihat cuba meluruskan persepsi umum serta menegaskan bahawa lelaki terbabit wajar dihormati dan tidak sepatutnya menjadi mangsa fitnah atau kecaman.
Untuk rekod, ini bukan kali pertama Nabila memuat naik video bermonolog sebegini.
Sebelum ini juga, sebuah video ‘monolog’ yang dimuat naik turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan tanda tanya dalam kalangan pengikutnya.