Rata-rata rakyat Malaysia masih lagi mengucapkan selamat hari lahir kepada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Dan rata-rata juga masih memperkatakan tentang satu hadiah yang diminta oleh Dr. Noor Hisham iaitu supaya rakyat Malaysia kekal duduk di rumah.

Wira badminton negara, Datuk Lee Chong Wei juga tidak terkecuali untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada wira perubatan negara ini.

Dalam satu entri di Instagram miliknya, Lee Chong Wei menulis sesuatu yang istimewa buat Dr. Hisham.

"Pada masa sekarang di mana rakyat dalam keadaan gelisah dan risau, kelihatan wajah seorang wira di kaca TV setiap pukul 5 petang amat mengamankan.



Dia bukan Melayu, dia bukan Cina, dia bukan India, bukan Kadazan Dusun bukan Iban. Dia bangsa Malaysia. Dia wira Malaysia. Dialah commander-in-chief kita dalam perang lawan virus. Dialah Dr @noor_hisham_abdullah," tulis Lee Chong Wei.

Datuk Lee Chong Wei turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Datuk Seri Dr. Noor Hisham dan memberitahu bahawa seluruh rakyat Malaysia sayangkan Dr. Hisham dan akan mematuhi arahannya.

"Nanti I suruh peminat badminton dari 500 negara untuk ucapkan selamat hari lahri, Dr." seloroh Lee Chong Wei.

Pada masa sekarang di mana rakyat dalam keadaan gelisah dan risau, kelihatan wajah seorang wira di kaca TV setiap pukul 5pm amat mengamankan. Dia bukan Melayu, Dia bukan Cina, Dia bukan India, Bukan Kadazan Dusun bukan Iban. Dia bangsa Malaysia. Dia wira Malaysia. Dialah commander in chief kita dalam perang lawan virus. Dialah Dr @noor_hisham_abdullah Happy birthday Dr. Semoga sihat dan panjang umur! We Malaysians love you and will follow your order! p/s: nnt I suh badminton fans 500 negara wish u hepi bday Dr! ? Comic by : @dontlikethatbro

A post shared by Datuk Wira Lee Chong Wei (@leechongweiofficial) on


Setiap jam 5:00 petang, pastinya seluruh rakyat Malaysia menantikan wajah tenang Dr. Noor Hisham di kaca TV untuk memberikan status terkini tentang wabak Covid- 19 di Malaysia.