Hiburan
"Dia Bukan Nak Menggunakan Saya" - Ismail Izzani
Penyanyi Ismail Izzani menepis spekulasi yang menyatakan teman rapatnya yang juga penyanyi baharu, Shalma Eliana menumpang popularitinya dalam industri seni.
Jelas Ismail, Eliana ikhlas berkawan dengannya memandangkan mereka sudah kenal sejak zaman sekolah menengah.
"Kalau kata nak dia menggunakan saya, itu perkara pertama saya fikir dulu.
"Tapi saya sudah mengenalinya sejak dari tingkatan dua. Saya yakin dia bukan sebegitu.
"Apabila kami sudah mula berkawan dan kenal betul-betul, dia seorang yang ikhlas. Dia juga 'sweet girl'" katanya kepada Gempak.
Ismail ditemui pada minggu pertama peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 34 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam.
Pelantun Lagu Bidadari itu turut berkongsi keadaan Eliana selepas tulang kaki kanannya retak akibat terhentak pada lantai kolam renang.
"Dia baru boleh berjalan selepas dua bulan bergerak dengan menggunakan tongkat ataupun kerusi roda.
"Dah macam anak kecil baru nak belajar jalan saya tengok. Saya tumpang gembira tengok keadaan dia sekarang.
"Selama ini kesian dia banyak habiskan masa di rumah, ada masa lapang saya akan bawa dia keluar jalan-jalan," katanya lagi.
Must-Watch Video