DRAMA
‘Dia Bukan Syurga’ Buat Penonton Tak Senang Duduk, Puas Hati Tengok Bapa Hempuk Tajul - “Dah Lama Tunggu…”
Drama Dia Bukan Syurga kini sudah memasuki fasa kejatuhan Tajul lIdlan yang merupakan watak lakonan pelakon hebat Niezam Zaidi.
Puas hati
Menerusi episod 19, Tajul mula mengamuk dengan ibunya dan bertindak ganas dengan mencekik wanita itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Ezzanie Jasny Kena ‘Maki’ Sebab Bawa Watak Nuha - “Ramai Yang Hentam Sebab…”
ARTIKEL BERKAITAN: Tak Nak Kahwin Dengan Lelaki Tempatan, Pempengaruh Popular Dikecam Netizen - “Kesian Lelaki Malaysia…”
Namun, bapanya yang selama ini hanya mendiamkan diri akhirnya bertindak menghalang Tajul dengan memukul anaknya dari belakang.
Rata-rata netizen meluahkan rasa berpuas hati melihat babak tersebut dan menganggap sudah tiba masanya fasa kejatuhan Tajul.
“Dah lama tunggu bapa si Tajul ini hempuk dia. Akhirnya.
“Ha itu makan dia! Ee tak fasal aku pergi kat set jentik telinga si Tajul ini. Engkau sesuka hati buat mak kau gitu.
“Kalau aku jadi ayah Tajul… dengan Tajul dan mak Tajul itu pun aku hempuk sekali,” komen beberapa netizen.
Dia Bukan Syurga yang diarahkan oleh Rashid Sibir ini dibintangi oleh Ezzanie Jasny, Niezam Zaidi, Nazim Othman dan ramai lagi.
Saksikan Dia Bukan Syurga setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro One dan sooka.
Sinopis:
Dia Bukan Syurga mengisahkan Nuha, wanita lemah lembutyang mendambakan perkahwinan bahagia bersama suaminya, Tajul. Walaupun sedar Tajul berpenyakit dan panas baran, Nuha percaya dia mampu merawat da mengubahnya.
Namun, realiti pahit menyusul apabila Tajul menjadi semakin cemburu, mengawal dan mendera Nuha secara emosi dan fizikal. Dia dipaksa menjauh dari keluarga dan rakan-rakan, terperangkap dalam perkahwinan penuh penderitaan.
Nuha tetap bertahan dengan harapan kehamilannya bakal mengubah Tajul. Namun, kemarahan Tajul meragut zuriat mereka dan menghantar Nuha ke hospital.
Insiden itu membuka matanya, dia perlu menyelamatkan diri. Dengan sisa kekuatan, Nuha tinggalkan Tajul dan pulang ke pangkuan keluarga, meskipun dibelenggu trauma dan luka batin yang dalam.
Dalam proses penyembuhan, Arham, abang ipar yang penyayang, sentiasaada, memberi sokongan tanpa paksaan. Perlahan-lahan, Nuha mula memahami erti cinta yang sebenar, yang membina, bukan menghancurkan. Dengan sokongan Arham dan kekuatan dirinya sendiri, Nuha bangkit semula.
Ini bukan sekadar kisah cinta, tetapi kisah keberanian seorang wanita membebaskan diri daripada penderaan dan mencari makna kebahagiaan sebenar.