BERITA
“Dia Bunuh Anak Cucu Saya, Kerat-Kerat Macam Seekor Ayam”
Suasana pilu menyelubungi Mahkamah Tinggi Melaka apabila seorang warga emas, Fatimah Latiff, 67, meluahkan rasa hiba dan trauma yang dialaminya selepas anak perempuan dan cucu lelakinya dibunuh dengan kejam enam tahun lalu.
Dalam keterangannya sebagai saksi pendakwaan, Fatimah yang juga ibu tunggal tidak dapat menahan sebak apabila menceritakan penderitaan yang ditanggung akibat perbuatan menantunya, Shahrul Nizam Zuraimy, 36, yang didapati bersalah dalam kejadian itu.
“Saya berharap nyawa dibalas nyawa Yang Arif. Dia tak berhati perut bunuh anak dan cucu saya, sungguh kejam dia kerat-kerat badan orang macam kerat seekor ayam.
“Tangan campak ke mana, saya mahu dia dihukum gantung sampai mati,” katanya di hadapan Hakim Datuk Anselm Charles Fernandis.
Shahrul Nizam sebelum itu dijatuhi hukuman penjara 72 tahun dan 24 sebatan selepas disabitkan atas dua pertuduhan membunuh Norfazera Bidin, 27, dan anaknya, Muhammad Iman Ashraf Abdullah, 11. Hukuman berkenaan diarahkan berjalan secara berasingan bermula dari tarikh tangkapan pada 11 Oktober 2019.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan MJ 10, Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, Melaka Tengah antara jam 6 petang, 6 Oktober 2019 hingga 7.30 pagi, 7 Oktober 2019.
Fatimah menambah, pengalaman enam tahun turun naik mahkamah meninggalkan kesan trauma yang amat mendalam buat dirinya.
“Selama enam tahun saya naik turun mahkamah, jadi trauma yang kuat sangat. Masa mandikan jenazah anak, saya sendiri tengok kesan mayat anak sendiri dikerat-kerat.
“Saya yang besarkan dia. Nyawa dibalas nyawa yang arif. Saya nak keadilan untuk anak dan cucu saya,” katanya lagi.
Saksi pendakwaan kedua, Munirah Bidin, yang juga kakak mangsa turut menceritakan detik menyayat hati ketika mayat adik dan anak saudaranya ditemukan.
“Mayat dikerat, dibuang dalam hutan meninggalkan luka yang sangat dalam.
“Waktu kejadian anak bongsu adik baru dua tahun dan sekarang umurnya 8 tahun masih trauma selalu tanya mana mama dan abangnya,” katanya.
Kes pembunuhan tragis itu bukan sahaja meruntun emosi keluarga mangsa, malah turut mengundang hiba dalam kalangan orang ramai yang hadir di galeri awam mahkamah. – MalaysiaGazetteSuasana pilu menyelubungi Mahkamah Tinggi Melaka apabila seorang warga emas, Fatimah Latiff, 67, meluahkan rasa hiba dan trauma yang dialaminya selepas anak perempuan dan cucu lelakinya dibunuh dengan kejam enam tahun lalu.

Kes pembunuhan tragis itu bukan sahaja meruntun emosi keluarga mangsa, malah turut mengundang hiba dalam kalangan orang ramai yang hadir di galeri awam mahkamah. – MalaysiaGazette