Seorang pengguna laman sosial Instagram benar-benar menguji tahap kesabaran pelakon Rebecca Nur Al Islam baru-baru ini.

Dedah Rebecca, pemilik Instagram yang menggunakan nama @akhbaralisyed itu telah mengintip setiap gerak-gerinya bersama keluarga dan teman-teman rapatnya sejak setahun lalu.

"Orang ini dia betul-betul mencabar tahap keimanan saya.

"Dia mengacau hidup saya, dari keluarga saya, sehinggalah teman-teman saya! Kalau boleh sampai tahap nak merobohkan rumah tangga saya!

"Dia mengacau hidup saya dari tahun 2017 lagi! Sata tak tahu adakah IG ini benar-benar wujud atau stalker untuk menabur fitnah," tulisnya di Instagram.

Malah, pengguna Instagram itu cuba memecah belahkannya dengan usahawan popular dan bekas isteri Datuk Eizlan Yusof, Vie Shantie Khan.

"Tiba-tiba saya dimaklumkan sahabat baik saya, Vie Shantie Khan dia telah menghantar mesej agar kami bergaduh pula, supaya saya tiada kawan dalam hidup agaknya.

Geram dengan tindakan pengguna itu, Rebecca mengajaknya untuk bersemuka.

"Saya tak tahu apa masalah awak, tak tenang tengok kebahagiaan saya.

"Jika awak benar-benar wujud, saya cabar awak berjumpa saya dan ingin sekali saya ubatkan hati dan fikiran awak yang busuk itu," tambahnya.

Assalammualaikum Wahai Dunia,,Maaf Utk Insta IG yg utk Mempopularkan Si PemFITNAH Ini.. “ @akhbaralisyed ” Orang Ini Dia betul2 mencabar tahap Keimanan Saya..Dia Mengacau Hidup Saya,Dari Keluarga Saya,Sehingga Lah teman2 Saya Dia Nak mengacau!!! Kalau boleh sampai tahap Nak Merobohkan RumahTangga Saya!!!! Sehingga Nak Mempecah Belah Kan Antara Saya Dgn Teman2 Saya...Dia Mengacau hidup Saya dari tahun 2017 lagi!!!! Saya tak Tahu la ada Kah IG Ini, IG stalker Hanya utk Menabur FITNAH Utk saya Atau Dia benar2 IG yg wujud oleh Orang Ini! . . . . Dan Hari ini tanggal #24092018 Hari Isnin,Pukul 1.30 tgh hari,Saya Di Klinik Menghantar anak Saya ke Klinik krn demam...Suddenly,Saya mendapat Whatsapp dari Teman Baik Saya @vieshantiekhan ,Terkejut Saya....Al Maklum Lah,Sesiapa Sahaja Teman Yg Saya Upload Di Muka IG Saya,Pasti teman itu Akan menerima DM From this Fitnah @akhbaralisyed Utk Nak bagi Saya Bergaduh2 dan Supaya Saya Tiada kawan Dalam Hidup Saya Agak nya!!!!!Baru Dia Puas Hati...”FITNAH lagi Kamu Lemparkan Kpd Saya Utk Teman Baik Saya”....Kepada Pemegang IG Ini,Saya Tak Tahu la Apa Masalah Awak,Tak Tenang Tengok Kebahagian Saya ?????dah lebih satu tahun Awak Macam ni!!!!! Kenapa??? Dunia Hanya Sementara!!!!Tak Takut Ke Awak FITNAH orang ke sana ke sini,Nak Bergadoh2 kan Orang!!!! Jika Awak IG yg benar2 Wujud, Saya CABAR Awak BerJumpa Saya,Dan Ingin skali Saya PerUBATkan Hati dan fikiran Awak yg BUSUK iTU!!! Saya Bersabar dah Satu tahun lebih!!! Saya tak kenal Kamu!!! @akhbaralisyed Kamu Hanya Bagai “Pengecut” yg Hanya Berani Menabur FITNAH Di belakang2!!! May God Bless You!!! . . . Saya meminta Jasa Baik Followers Saya di IG Saya sini Atau mana2 IG yg mengenali IG PemFITNAH Ini @akhbaralisyed Bagi tahu Saya Siapa kah Dajal Dunia Ini??? Kerana Syaitan Seperti Ini,Bisa Meruntuhkan Rumah Tangga Orang!!! bisa Meruntuhkan Persahabatan Orang Yg terJalin Lama! Ingat,Jika Saya Tidak memaafkan Kamu terHadap Fitnah yg Kamu Lemparkan!!!Mencari2 saya Di Akhirat Nanti! Fitnah Lagi Buruk Dari Membunuh!!!! Apa Kata Kamu Bunuh Je Saya!!!! Jangan Kamu Fitnah Saya Terhadap Keluarga!! terHadap Teman2 Saya yg Saya sayang!!!! Sekian!!! #mrsazam #YaAllahKadang2HatiIniTidakKuat??

A post shared by ❤️AllahSwt❤️RasulullahSaw (@rebeccanuralislamahmad) on