HIBURAN

“Dia Cuma Manusia Kosong Yang Takut…” - Zizi Kirana

Asyraf Roslan 12/08/2025 | 09:25 MYT

Penyanyi, Zizi Kirana berkongsi pandangannya mengenai sikap pembuli yang sering mengambil kesempatan untuk menjatuhkan orang lain.

Menerusi satu hantaran di laman Threads, Zizi menegaskan bahawa pembuli bukanlah individu yang hebat, sebaliknya hanyalah manusia kosong yang tidak mampu melihat orang lain lebih daripada dirinya.

“Pembuli ni tak pernah hebat. Dia cuma manusia kosong yang takut tengok orang lain lebih dari dia. Dia pijak orang bukan sebab dia kuat, tapi sebab dia lemah,” tulisnya.

Tambahnya, pembuli biasanya berselindung di sebalik sifat manipulatif, rasa tidak yakin diri (insecure) dan ketiadaan empati, sebagai cara untuk menutup kelemahan sebenar mereka.

“Manipulatif, insecure, tiada empati ,semua tu topeng untuk sorok hakikat yang dia tak mampu hadap diri sendiri.

“Kau nak tahu siapa ‘loser’ sebenar? Dia lah orang yang perlu jatuhkan orang lain untuk rasa bernilai,” tambahnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, netizen bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pelantun lagu EH itu.

“Indeep 🫶🏻.

“Setujuuuu.

“Dan dia rasa terpaling.

“Narsis,” komen netizen.

Terdahulu, pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Sabah iaitu Zara Qairina Mahathir ditemui tidak sedarkan diri dekat longkang asrama sekolah pada jam 3 pagi, 16 Julai lalu.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia.

Kes kematian itu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan buli dalam kalangan pelajar, mendapat perhatian meluas di media sosial berikutan dakwaan membabitkan anak seorang menteri, orang kenamaan (VIP) dan individu ternama lain.

Dakwaan itu mencetuskan reaksi orang ramai yang menuntut keadilan buat mangsa.

#Zizi Kirana #Pembuli #Zara Qairina