Laman Utama

“Dia Dah Ambil Duit Orang!”- Scammer Tudung, Fazura Minta Bertaubat

Syafiqah Jalal
01/09/2021
11:50 MYT
Setelah meraih kejayaan luar biasa menerusi penjualan tudung sehingga mencecah jualan RM2.16 juta, pelakon Fazura diduga dengan perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang mengaut keuntungan apabila menipu jualan tudungnya.
Menurut Fazura, 38, lebih mengecewakan lagi apabila mendapat tahu penipu itu sebenarnya sudah melakukan perbuatan terkeji berkenaan sejak beberapa bulan lalu.
“Dia dah ambil banyak duit orang. Dia gunakan bahan macam katalog untuk menipu dan ramai yang terpedaya. Caranya, dia pujuk pelanggan dengan mengatakan stok masih ada walaupun sebenarnya koleksi yang didakwanya itu sudah lama kehabisan stok.
“Kemudian dia minta pembeli membayar dengan cara transaksi sebelum menyekat nombor semua pelanggan yang selesai membuat bayaran,” dedahnya.
Isteri kepada Fattah Amin itu mendedahkan perkara itu menerusi perkongsian dalam InstaStorynya dengan memuat naik bukti perbuatan jahat penipu berkenaan.
Dalam pada itu, Fazura bertegas sempat meminta pelaku supaya bertaubat dan memulangkan kembali semua wang pembeli yang ditipunya.
“Saya tak tahulah apa awak rasa bila menipu orang. Siap ada gambar konon sedang membungkus parcel. Sedangkan orang mengharapkan untuk dapat tudung itu dan pakai.
“Duit semua orang tu, ingat percuma ke. Semua orang bekerja untuk dapatkan duit. Ada yang nak beli tudung ni, semua tak dapat. Waktu-waktu macam inilah awak nak buat kerja sebegini kan.
“Taubatlah, tolonglah. Kalau ada rasa bersalah dalam hati awak, tolonglah bertaubat. Pulangkan semula duit pelanggan dan ejen-ejen saya,” katanya lagi.
Ibu kepada Nur Fatima Aisya itu menarik perhatian ramai apabila menjual tudung serendah RM27 sehelai dengan niat membantu orang ramai yang terkesan kerana pandemik.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Diperakui Badan Antarabangsa, Fazura Akan Terus Bersuara Isu Negara Palestin - “Itu Adalah Jihad Kecil Saya..”

gempak
23/07/2024
16:00 MYT
Seringkali aktif dalam menyuarakan hal berkaitan negara Palestin, pelakon Fazura tidak terkesan sekiranya kurang mendapat tawaran bekerjasama jenama internasional.
Hiburan

“Saya Dan Fattah Okay, Kami Cuma Sibuk” - Fazura

gempak
22/07/2024
07:15 MYT
Pelakon Fazura tampil membuka mulut susulan ada dakwaan beberapa pihak yang mengatakan rumah tangganya bersama suami, Fattah Amin dikatakan sedang bergolak.
Hiburan

Shima Sudah Tiga Tahun Tidak Bertudung, Ikut Nasihat Doktor - "Saya Bukan Saja-Saja"

gempak
16/07/2024
07:14 MYT
Penyanyi yang popular menerusi lagi Teringin, Shima mendedahkan dirinya sudah tiga tahun tidak berhijab.
Gaya Hidup

Baju Kebaya Hari Jadi Jutawan Tudung Bernilai RM134,000 - "36,000 Butir Kristal Swarovski, Fabrik Dari Eropah"

gempak
10/07/2024
01:00 MYT
Jutawan tudung Haliza Maysuri tampil berkongsi nilai busana yang dipakainya ketika sambutan hari jadi ke-47 pada hujung minggu lalu.
Viral

"Nak Bawa Pergi Kebun" - Haliza Maysuri Terkejut Terima Hadiah Kereta Mewah RM1.6 Juta & Tasbih RM30,000 Pada Hari Jadi

gempak
09/07/2024
06:00 MYT
Jutawan tudung Bawal Exclusive, Haliza Maysuri terkejut dan tidak menyangka menerima hadiah mewah daripada suaminya sempena ulangtahun kelahirannya baru-baru ini.