Laman Utama

“Dia Dalam Perjalanan Ke London Untuk Hadir Majlis Graduasi Anak Saya…” - Azhar Sulaiman Menangis, Terkejut Bapa Mentua Meninggal Dunia

Mya Amri
09/07/2023
01:52 MYT
Pelakon, Azhar Sulaiman menyampaikan khabar duka apabila bapa mentuanya, Datuk Pahamin Rejab disahkan meninggal dunia pada Ahad.
Berita itu dimaklumkan sendiri oleh Azhar menerusi video pendek yang dikongsi di akaun Instagram miliknya.
Menurut Azhar, bapa mentuanya dalam perjalanan menuju ke London untuk menghadiri majlis graduasi anak lelakinya.
Namun hajat bapa mentuanya tidak kesampaian selepas terkena serangan jantung di dalam kapal terbang.
“Duka cita saya nak maklumlan bapa mentua saya Datuk Pahamin Rejab baru sahaja meninggal dunia, dia baru sampai London, kena serangan jantung dalam kapal terbang.
“Sekarang ibu mentua dan anak saya Rees ada dekat London, pergi ke London sebab mahu menghadiri majlis graduasi anak lelaki saya,” jelasnya.
Dalam pada itu, Azhar yang menangis teresak-esak itu juga memohon orang ramai menyedekahkan Al-Fatihah buat arwah bapa mentuanya.
“Jadi kami semua akan terbang ke London pada Isnin, sama-sama kita bacakan surah Al-Fatihah buat bapa mentua saya,” ujarnya.
Di bawah merupakan video penuh Azhar:
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Polis Afrika Selatan Temukan Mayat Bekas Juara Dunia Lompat Tinggi Dengan Kesan Tembakan

gempak
04/07/2024
04:43 MYT
Polis Afrika Selatan pada Rabu mengesahkan penemuan mayat bekas juara dunia lompat tinggi Jacques Freitag dengan kesan beberapa tembakan, yang dilaporkan hilang bulan lepas.
Sukan

Kakak Pemain Badminton Zhang Zhi Jie Luah Rasa Kecewa Dengan Pemergian Adik - “Pasukan Perubatan Tiba Lambat”

gempak
01/07/2024
04:15 MYT
Kakak kepada pemain badminton China, Zhang Zhi Jie meluahkan rasa kesal terhadap pasukan perubatan yang didakwa lambat bertindak selepas adiknya rebah di gelanggang badminton.
Sukan

Pemain Badminton China Rebah, Meninggal Dunia Ketika Game Lawan Jepun

gempak
01/07/2024
01:34 MYT
Khabar duka kem badminton China apabila pemain perseorangan, Zhang Zhi Jie meninggal dunia ketika menyertai Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC) di Yogyakarta, Indonesia malam Ahad.
Berita

Hidap Kanser, Hasrat Warga Emas Meninggal di Tanah Suci Termakbul

gempak
28/06/2024
03:01 MYT
Warga emas, Abd Wahab Ramli, 60, yang meninggal dunia di Tanah Suci pada Selasa lepas kerana menghidap kanser periampullary tahap empat pernah menyuarakan hasrat untuk meninggal dunia di Mekah.
Berita

Ahli Bina Badan, Suharwardi Dahlan Meninggal Dunia

gempak
25/06/2024
09:46 MYT
Ahli bina badan, Suharwardi Dahlan, 28, meninggal dunia akibat daripada komplikasi jantung sehari selepas bertanding dalam sebuah acara.