Francais Kampong Pisang yang mendapat sambutan ramai akan tampil dengan edisi Syawal iaitu Kampong Pisang Muzikal Raya Istimewa bermula 27 Mei ini.

Istimewanya edisi Syawal kali ini, Datuk Awie yang sinonim dengan watak Husin akan kembali memeriahkan filem muzikal ini.

Bersempena menyambut Aidilfitri, Husin kembali ke kampung bersama kekasih baru Nelly yang dibintangi oleh Kaka Azraff. .

Namun, ia telah membuatkan Cik Chun cemburu dan merajuk kerana cintanya ditolak.

Tetapi, adakah cinta Husin dan Cik Chun terkubur begitu sahaja atau kehadiran orang ketiga membuatkan rasa sayang mereka semakin membuak?

Filem muzikal ini masih mengekalkan barisan pelakon utama Kampong Pisang seperti Kazar Saisi, Aziz M Osman, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Mat London, Ahmad Yasin, Afea Deana, Joey Daud, Nazeeera Sardi, Avaa Vanja, Yoep Hitler.

Istimewanya lagi, edisi raya kali ini penyanyi dan pelakon Kaka Azraff, Imuda serta penampilan istimewa oleh Siti Elizad Sharifuddin dan Raja Azmi.

Filem ini mengisahkan seluruh penduduk Kampong Pisang bersama-sama mengerjakan aktiviti masak-masak pada sehari sebelum raya.

Manakala Barkoba dikejutkan dengan kehadiran bekas kekasih yang pernah tinggalkannya dahulu kerana berkahwin dengan lelaki berpangkat pengurus kilang.

Pak Din pula sedih kerana anaknya tiba-tiba tidak dapat pulang ke kampung untuk beraya bersamanya. Cik Purnama membawa beg pakaian dan tilam ke mana-mana kerana kesunyian.

Pak Karim dan Kak Som hiba kerana ini kali pertama beraya tanpa anak mereka yang telah tiada. Serta Daud M yang perlu bekerja di malam raya bagi penghantaran barang-barang buat penduduk kampong Pisang yang membeli barang di atas talian.

Saksikan filem Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 27 Mei 2021. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang- ulang.