Laman Utama

"Dia Datang Kepada Saya Selepas..."- Mizz Nina Kongsi Detik Perkenalan Bertemu Essam Tahun 2015

gempak
Syafiqah Jalal
06/09/2023
23:35 MYT
Sponsor Banner
"Dia Datang Kepada Saya Selepas..."- Mizz Nina Kongsi Detik Perkenalan Bertemu Essam Tahun 2015
Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina, 43, mendedahkan dirinya mula mengenali suami, Essam Muhammad pada tahun 2015.
Berkongsi cerita detik perkenalannya dengan rapper dari Amerika Syarikat itu, Mizz Nina memberitahu ia bermula selepas mereka bertegur sapa dan berbual ringkas di sebuah festival.
"Kali pertama kami bersua adalah di sebuah festival pada 2015. Saya ingat lagi dia datang kepada saya selepas saya membaca puisi di atas pentas.
“Dia sapa ‘Assalamualaikum, saya Essam dari Seattle. Saya suka apa yang awak sebutkan atas pentas tadi,’ dan saya balas dengan ucapan terima kasih.
“Kami cuma bercakap ringkas, itu sahaja,” katanya.
Penyanyi yang pernah popular lagu What You Waiting For itu berkata demkinian ketika memberi ucapan sambil ditemani suaminya pada majlis resepsi mereka yang diadakan di Ampang, pada Ahad.
Ia dirakamkan dalam sebuah video yang mula tular sejak semalam.
Sementara itu, Essam yang berdiri bersebelahan Mizz Nina sempat melahiekan kesyukuran kerana dapat bersama isterinya selepas lapan tahun kemudian.
"Perkara terindah sekali adalah lapan tahun kemudian iaitu tahun 2023 sebaik kaki mendirikan rumahtangga, Alhamdulilah," ucapnya.
Pasangan itu telah diraikan dalam majlis persandingan di sebuah acara tertutup di ibu kota Kuala Lumpur, pada Ahad.
Difahamkan, majlis tersebut diadakan di sebuah ruang acara bertempat di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh ahli keluarga serta kenalan rapat.
Menerusi video yang dikongsikan, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman kelihatan anggun dalam persalinan berwarna putih hasil rekaan pereka fesyen tempatan Ezzati Amira.
Sekadar info, anak kepada tokoh perbankan terkemuka Tan Sri Azman Hashim itu mengejutkan pengikut di Instagram dengan mengumumkan dirinya sudah berkahwin dengan penyanyi rap berasal dari Amerika Syarikat pada 15 Jun lalu.
Terdahulu, pengasas aplikasi Qalby itu pernah mendirikan rumah tangga bersama vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh pada tahun 2011 namun berpisah secara baik selepas 11 tahun hidup bersama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live