HIBURAN
“Dia Datin Pun Beli Dekat TikTok” - Netizen Puji Sikap Rendah Diri Atikah Suhaime Berbelanja Keperluan Bayi Seperti Orang Biasa
Sekali lagi, nama pelakon Datin Atikah Suhaime menjadi perhatian ramai apabila dia memuat naik video dirinya menerima bungkusan barangan keperluan bayi yang dibeli menerusi pembelian dalam talian.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, Atikah, atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, berkongsi dirinya kelihatan gembira dengan hasil pembeliannya walaupun ianya tidak berjenama.
“Barang yang saya beli untuk persediaan bayi nanti. Apa lagi yang Tika lupa?” tulisnya dalam kapsyen di TikTok.
undefinedMeninjau ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap aktres filem My Stupid Boss yang berbelanja secara sederhana, seperti orang biasa, dalam membuat persediaan menyambut kelahiran cahaya mata pertamanya.
BERITA BERKAITAN: Menghitung Hari Tunggu Kelahiran Anak, Atikah Suhaime Kongsi Perkara Yang Akan Dirindui Semasa Hamil – “Semua Orang Layan Macam…”
BERITA BERKAITAN: Atikah Suhaime Pernah Dikritik Masak Tak Sedap! “Papa Mentua Pernah Cakap …”
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Antara artis yang kahwin dengan orang kaya tapi masih berbelanja macam orang biasa. Love sangat.”
“Kalau tengok anak artis lain semua baju brand luar negara tapi Tika sangat merendah diri. Semoga Allah permudahkan urusan Tika bersalin nanti.”
“Tengok dia pun tak kisah shopping dalam TikTok je. Humble betul.”
“Dia Datin pun beli kat TikTok je. Yang biasa biasa ni kemain shopping mall,” komen dari netizen.
Untuk rekod, Atikah mendirikan rumah tangga bersama Lokman pada Januari tahun lalu.
Pada September 2024, dia berkongsi khabar gembira dirinya hamil empat bulan selepas video mukbang yang memaparkan dirinya berisi mendapat perhatian ramai.