Pelakon Ruhainies meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang sengaja mengambil kesempatan terhadap dirinya.

Menerusi entri di Instagram (IG), Ruhainies menjelaskan dia percaya kepada rezeki yang telah diberikan kepadanya dan tidak ada individu mampu menyekatnya.

"Tak faham dengan sesetengah manusia dia lebih suka nak tengok orang lain jatuh. Mungkin itu kepuasan untuk dia. Selagi dia boleh buat dia buat.

"Dia mungkin lupa, pangkat atau power yang dimiliki semuanya kerana rezeki yang Allah bagi pada dia. Tapi dia gunakan power yang dia ada untuk sekat rezeki orang lain.

"Dia fikir rezeki seseorang tu di tangan dia. Dia lupa, rezeki dia sendiri pun dari Allah. Tu je la nak cakap. Bersihkan lah hati. Kita buat kat orang, Allah balas kat kita. Cuma cepat atau lambat.

Tak faham dengan sesetengah manusia dia lebih suka nak tengok orang lain jatuh. Mungkin itu kepuasan untuk dia. Selagi dia boleh buat dia buat. Dia mungkin lupa, pangkat atau power yang dimiliki semuanya kerana rezeki yang Allah bagi pada dia. Tapi dia gunakan power yang dia ada untuk sekat rezeki orang lain. Dia fikir rezeki seseorang tu di tangan dia. Dia lupa, rezeki dia sendiri pun dari Allah. Tu je la nak cakap. Bersihkan lah hati. Kita buat kat orang, Allah balas kat kita. Cuma cepat atau lambat. Tuhan tu adil, sometimes dia balas pada anak2 kita esok ni. Jangan terlalu selesa bila berada di atas. Bila bila sahaja Allah boleh tarik. Tapi jangan risau. Dia sekat rezeki kita kat sini, Allah bagi rezeki kat situ. Sebab tu hati dia tak pernah nak bersih, ingat dia sekat boleh nampak orang tu jatuh, tapi orang tu dapat rezeki tempat lain pulak.. ? Takpa la, kita tengok la sampai bila ja boleh buat kat orang! ? #cleanseyouheart #cleanseyoursoul

A post shared by @ ruhainies7 on


"Tuhan tu adil, sometimes dia balas pada anak2 kita esok ni. Jangan terlalu selesa bila berada di atas. Bila bila sahaja Allah boleh tarik.

"Tapi jangan risau. Dia sekat rezeki kita kat sini, Allah bagi rezeki kat situ. Sebab tu hati dia tak pernah nak bersih, ingat dia sekat boleh nampak orang tu jatuh, tapi orang tu dapat rezeki tempat lain pulak.
Takpa la, kita tengok la sampai bila ja boleh buat kat orang," tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata berharap agar Ruhainies dapat besabar dean percaya pada rezeki yang telah ditentukan kepadanya.

Dalam perkembangan terkini, Ruhainies akan muncul dalam 3 Gadis Manis musim ketiga mengisahkan mengenai persahabatan tiga gadis yang makin rapat sejak mula tinggal serumah di ibu kota Kuala Lumpur.

3 Gadis Manis musim ketiga boleh ditonton di laman Facebook, YouTube dan IGTV Astro Gempak atau saksikan keseluruhan episod di laman web www.3gadismanis.com.my!