VIRAL
"Dia Halau, Siap Rakam Video Abah, Tak Ada Adab" - PU Azhar Hilmi Terkilan Wanita Usir Bapa Sedang Beriktikaf Dari Surau
Seorang jemaah lelaki yang dihalau dari sebuah surau di Teluk Panglima Garang rupa-rupanya merupakan bapa kepada pendakwah dan personaliti televisyen terkenal, PU Azhar Hilmi.
Dalam satu hantaran di Facebook, PU Azhar meluahkan rasa kecewa apabila bapanya diperlakukan sedemikian rupa, seolah-olah telah melakukan satu kesalahan besar.
Menurutnya, amalan iktikaf selepas solat subuh sehingga masuk waktu dhuha adalah rutin biasa yang diamalkan oleh bapanya.
“Hari ini tular satu video menunjukkan seorang pak cik duduk beriktikaf dalam surau Halaman 11, itulah abah saya.
“Seawal pagi, abah ke surau untuk solat subuh. Selepas solat, seperti kebiasaannya, abah akan duduk sebentar membaca al-Quran sementara menunggu masuk waktu dhuha. Setelah selesai solat sunat dhuha, barulah dia pulang ke rumah.
“Tetapi pagi itu, seorang wanita yang dipercayai dari pihak pengurusan datang dan terus mengarahkan abah keluar dari surau,” katanya.
PU Azhar turut menyatakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan wanita tersebut yang bukan sahaja menghalau, malah merakam video bapanya secara terbuka, yang disifatkannya sebagai kurang sopan terhadap jemaah.
“Lebih menyedihkan, dia siap rakam video abah secara terbuka seolah-olah abah telah melakukan kesalahan besar. Tak ada adab, tak ada ihsan, tak ada rasa hormat.
“Memang rasa geram dan sakit hati bila tengok video itu,” katanya.
PU Azhar turut mempersoalkan sejak bila surau menjadi tempat yang eksklusif sehingga jemaah dihalau walaupun hadir untuk beribadah.
“Abah saya bukan tidur dalam surau, bukan buat bising, bukan ganggu sesiapa. Dia hanya duduk diam, baca al-Quran, tunggu waktu dhuha sebelum balik. Tapi inilah yang terjadi.
“Kalau beginilah layanan kita terhadap orang tua yang datang ke rumah Allah, apa lagi yang tinggal pada kita sebagai masyarakat?” ujarnya.
PU Azhar juga mengingatkan semua pihak agar sentiasa menjaga adab, terutamanya dalam urusan berkaitan rumah ibadah.
“Kita memang jaga surau, ya. Tapi jangan sampai kita jaga bangunan sahaja, sedangkan adab kita abaikan.
“Kita boleh halau orang dari surau, tapi kita tak boleh halau doa dan keluhan mereka dari langit. Geramnya lahai. Allah!” katanya lagi.
Sebelum ini, media melaporkan mengenai tindakan seorang wanita yang menegur seorang jemaah lelaki ketika sedang beribadah di sebuah surau, yang telah mencetuskan perhatian ramai.
Video yang tular menunjukkan wanita tersebut meminta jemaah beredar walaupun lelaki itu hadir untuk bersolat. Tindakannya dianggap tidak wajar dan bercanggah dengan fungsi surau sebagai tempat ibadah umat Islam.
Difahamkan, wanita itu bertindak demikian kerana dikatakan terdapat kejadian kecurian yang berlaku di surau berkenaan baru-baru ini.
Dalam pada itu, satu kenyataan terbaru di Facebook menyebut bahawa individu yang merakam kejadian tersebut bukanlah AJK surau berkenaan.