Hiburan

“Dia Isteri Yang Baik, Mungkin Isu Berpunca Daripada...” - Syamsul Akui Rumah Tangga Berdepan Masalah & Sedang Mendapatkan....

Hanafis Haris
15/10/2020
04:30 MYT
Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof akhirnya tampil memberi penjelasan mengenai status dan keadaan rumah tangganya selepas isu terbabit mula menjadi perbualan ramai sejak akhir-akhir ini.
Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Syamsul Mohd Yusof, 36, mengaku rumah tangganya kini berdepan masalah.
Namun dia dan Puteri Sarah Liyana kini dalam proses memperbaiki hubungan dengan mendapatkan nasihat daripada pihak yang sewajarnya.
Jelas Syamsul, kehadiran Puteri Sarah di pejabat agama pada 18 September lalu juga tidak melibatkan isu penceraian seperti mana didakwa oleh sesetengah pihak.
"Dia pergi ke pejabat agama bukan sebab kami nak bercerai. Apa yang saya boleh kata ketika ini kami perlu mengambil nasihat daripada kaunseling.
"Terus terang kami masih dalam proses memperbaiki hubungan. Saya tidak boleh cakap lebih tapi apa yang boleh saya cakap, dia seorang isteri yang baik.
"Apa yang penting sekarang ini anak-anak,” katanya.
Tambahnya, dia juga tidak menolak kemungkinan masalah berlaku berpunca daripada sikapnya yang terlalu obses dengan kerja.
“Mungkin sebab saya terlalu obses dengan kerja saya. Jadi seperti penyakit, saya jadi ‘gila’ dengan kerja saya.
"Sepatutnya apabila kerja dah siap, relaks la. Nak kata duit, Aamdulillah, rezeki ada. Tapi kenapa saya selalu nak bekerja," katanya.
Syamsul berkata demikian pada sidang media di Balai Polis Taman Titiwangsa, Selangor, Selasa lalu.
Menerusi sidang media berkenaan, Syamsul menjelaskan dia telah membuat laporan polis berhubung ugutan dan ancaman yang diterimanya menerusi laman media sosial, Instagram.
Menurut Syamsul, ugutan diterima kali ini amat melampau apabila ia berbaur ancaman dan membabitkan keselamatan isteri dan anaknya.
BACA: “Aku Mati Pun Tak Apa Tapi Anak Jangan Sentuh” - Syamsul Yusof Buat Laporan Polis Selepas Terima Ugutan Berbaur...
Untuk rekod, Syamsul berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah yang kini berusia setahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Awak Buatlah Apa Awak Nak Buat” - Syamsul Tak Halang Puteri Sarah Saman Bekas Kakak Ipar Ira Kazar

gempak
07/09/2023
03:55 MYT
Semoga dipermudah.
Laman Utama

“Lagi Cakap, Lagi Bangang” - Syamsul Debat Mohon Abang Tesla Berhenti Keluarkan Kenyataan

gempak
02/09/2023
08:50 MYT
Alamak...
Laman Utama

Ira Kazar Diulit Bahagia Dengan Syamsul Yusof - “Love You Shuben"

gempak
26/08/2023
08:20 MYT
Ira Kazar Kongsi Rasa Cinta Pada Syamsul Yusof
Laman Utama

“Dia Very Simple & Humble, Saya Harap Sangat Dapat…” - Aliff Syukri Puji Ira Kazar

gempak
19/08/2023
03:50 MYT
Aliff puji Ira Kazar la...
Laman Utama

Video Bekas Mentua Teman Puteri Sarah Curi Perhatian, Netizen Pula ‘Petik’ Nama Ira Kazar - “Panaslah Menantu Sebenar…”

gempak
22/07/2023
04:55 MYT
Suka tengok Sarah dengan bekas mentua.