“Dia Jaga Sejak Kami Kecil Lagi” - Ibu Saudara Zizi Kirana Meninggal Dunia Awal Pagi Jumaat
26/03/2021 05:20 MYT
Allahyarhamah Rusnani Kassim menghembuskan nafasnya terakhir kira-kira jam 2.40 pagi tadi (Jumaat) di kampung halamannya di Sabah.
Menurut Zizi, dia dan adiknya mempunyai hubungan rapat dengan arwah ibu saudaranya atau lebih mesra dipanggil Umi itu memandangkan arwah yang menjaga mereka sejak kecil lagi.
"Umi merupakan ibu saudara saya yang menjaga saya sejak kecil lagi.
“Saya dan adik memang sangat rapat dengan arwah, malah dia jaga kami sejak kecil.
"Kehilangan dia sangat memberi kesan sebab saya sudah menganggap arwah seperti ibu kedua saya," katanya.
Menurut Zizi, dia walaubagaimanapun masih belum dapat memastikan punca sebenar arwah itu meninggal dunia.
“Saya dimaklumkan mengenai berita sedih itu selepas selepas menjalani penggambaran drama sekitar pukul 3 pagi tadi.
“Saya pun tak nak tanya apa-apa lagi sebab dia tengah bersedih,” katanya.
Terdahulu, berita mengenai kematian ibu saudara Zizi tersebar apabila penyanyi Zarina Zainoordin memuat naik status di Instagram mengatakan Umi kepada Zizi meninggal dunia dan memohon agar semua orang mendoakan penyanyi itu serta keluarga diberikan kekuatan.
Menerusi ruang komen, rata-ratanya mengucapkan takziah dan mendoakan supaya Umi ditempatkan dalam kalangan orang beriman