Laman Utama

“Dia Jugak Anak Yang Selalu Kena Belasah Dengan Papa…” - Ozlynn Kenang Memori Bersama Ariq Yang Kini Jauh Di Perantauan

gempak
Izwan Isa
07/04/2022
23:50 MYT
Sponsor Banner
“Dia Jugak Anak Yang Selalu Kena Belasah Dengan Papa…” - Ozlynn Kenang Memori Bersama Ariq Yang Kini Jauh Di Perantauan
Sekitar penghujung September tahun lalu, anak sulung kepada pasangan selebriti Johan dan Ozlynn Wati, Ariq, berangkat ke luar negara pada Ahad bagi melanjutkan pengajiannya.
Menerusi perkongsian yang dilalkukan Ozlynn, difahamkan Ariq menyambung pengajiannya ke Dublin, Ireland dalam bidang perubatan.
Hampir enam bulan berada di perantaun, Ozlynn baru-baru ini berkongsi perkembangan terkini mengenai anaknya yang berada di sana.
Menersi tangkap layar yang dimuat naik di Instagram, Ariq dilihat memberitahu ibunya tentang perancangan belanja bulanan secara kasar, sehingga membuatkan naluri Ozlynn tersentuh.
“Dia anak yang ajar kami semua perkara jadi baharu, dia yang merasa segala kesusahan dengan kita orang jugak, dia jugak anak yang selalu kena belasah dengan papa, dan dia jugak anak yang selalu papa sebut-sebut dan bangga pada semua orang.
“Ya, dia anak yang semakin meningkat dewasa, semakin menyenangkan hati. Alhamdulillah. Banyak jugak yang kita orang belajar bila dia semakin besar, kadang kami alpa dan setiap kali diuji, kami juga belajar perbaiki setiap kesilapan dan kekurangan… dia jugak anak yang buat kami belajar banyak perkara,” tulis Ozlynn.
Dalam pada itu, Ozlynn turut mendoakan perjalanan hidup anaknya dipermudahkan dan dipenuhi dengan kejayaan.
“Tapi ingatlah, Allah sentiasa menguji hamba Nya untuk menjadi yang terbaik disisi Nya. Dan Allah tidak melihat bagaimana hamba Nya diuji tapi Allah melihat bagaimana hamba Nya menghadi ujian itu.
“Sesungguhnya setiap amalan kita bukanlah untuk mencari syurga, akan tetapi setiap amalan kita adalah untuk mencari reda Allah kerana kita ke syurga atas keredaan Allah.
“Papa and mama love you.. Berjayanya kamu dalam pelajaran adalah bonus buat papa dan mama, tapi berjayanya kamu dalam agama adalah syurga dunia buat kami. Jadilah manusia yang sentiasa merendah diri… insha-Allah senang hidup mu nanti,” tutup Ozlynn.
BACA: Bakal Doktor, Anak Sulung Johan & Ozlynn Sambung Belajar Di Ireland - “Doa Papa Mama Takkan Terhenti Selagi Bernyawa”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live