Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Dia Kalah Bermaruah" - Sifatkan Nabila Razali Seperti Srikandi, Alyah Persoal Peranan 'Orang Belakang'

Amri Hassan
17/03/2021 08:50 MYT
Penyanyi Datin Alyah turut bersimpati atas nasib yang menimpa finalis AJL35, Nabila Razali yang mendapat kecaman teruk di media sosial gara-gara persembahannya Ahad lalu.

Jelas Alyah, mengakui akan perasaan berada di pentas sama beberapa kali, dia bagaimanapun menyifatkan keberanian Nabila seperti seorang srikandi.

"Terpanggil untuk bercakap tentang adik kita yang lawa dan peramah ni (banyak kali jumpa dia akan sapa kita dulu).

"Kalah seorang srikandi. Dia kalah bermaruah. Dia jalankan tugas dia dengan sehabis baik.

"Seumpama dia berlari ke medan perang dengan pedang yang tumpul. Bukan pedang tu yang harus kita lihat tapi keberaniannya turun ke medan perang itu yang harus dipandang.

"TAHNIAH adik @nabila.razali

"Pandang positif, kamu lebih diingati dari yang lain. Bukti sampai ke hari ini semua masih bercakap mengenai kamu (tak kisahlah buruk atau baik)," kata Alyah.



Bagaimanapun, Alyah turut hairan dengan tindakan individu di belakang penyanyi berkenaan yang kelihatan seolah-olah sengaja membiarkan dia menjadi mangsa.

"Cuma nak tanya je? Siapa yang membiarkan dia melakukan ini sepatutnya lebih peka... Saya bercakap berdasarkan pengalaman situasi berbeza di pentas yang sama.

"Pandangan peribadi kenapa letak dia dalam keadaan ni? Mana orang yang kat belakang dia? Kenapa biarkan dia jadi mangsa?

"Bila baca ramai orang jadikan dia bahan gelak....Saya sedih sebab saya pernah duduk di tempat dia dan saya tahu apa yang ada di belakang....apa pun dia juara di hati saya," ujar Alyah lagi.

Persembahan Nabila menerusi lagu Peluang Kedua terus mendapat perhatian ramai hingga menjadikan video nyanyiannya pada malam AJL35 masih trending selepas beberapa hari.

Nabila gagal menyempurnakan notasi lagu berhantunya itu hingga sekali lagi terkucil ketika nyanyian live.

#Penyanyi #Viral #Alyah #Nabila Razali #Peluang Kedua #AJL35
;