Viral
“Dia Kata Orang Tak Apa, Kalau Orang Mengata Dia…” - Netizen Luah Rasa Menyampah Selepas Kieda Crepe Kritik Cara Pakaian Dua Lelaki Mandi Kolam
Tular di aplikasi X apabila seorang individu meluahkan pendapatnya mengenai sikap pempengaruh dan usahawan, Kieda Crepe yang dikatakan cuba untuk mengkritik orang lain.
Menerusi ciapan di X, individu itu mendakwa Kieda cuba mengkritik orang lain namun apabila orang luar mengecam tindakannya, wanita itu mula meninggalkan kata-kata simpati.
“Kieda ni dia kata kat orang tak apa, kalau orang kata kat dia, terus cakap dia tak kacau hidup orang,” luahnya.
Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang selepas menonton video tersebut dan menyatakan bahawa itu adalah etika berpakaian yang sepatutnya dipatuhi ketika mandi di kolam renang.
Antara komen yang ditinggalkan:
Sehingga kini, hantaran itu meraih lebih 135,700 ribu tontonan dan 795 tanda suka.
BERITA TRENDING: IShowSpeed Beri Kejutan Untuk Peminat Malaysia, Buat 'Live' Dengan TMJ
BERITA TRENDING: Ramai Terkejut Peniaga Jual Aiskrim Malaysia Sampai RM6 Sebatang! - "Seriuslah Masuk Event Terus Naik Harga?"
BERITA TRENDING: Walaupun Rumah Ditenggelami Air Banjir, Mua Bellaz Tetap Posing OOTD Ketika Beri Bantuan - “Cantiknya Mangsa Banjir Ni”
BERITA TRENDING: Mata Lebam Bukan Sebab Dipukul Suami, Influencer Popular Jelaskan Kejadian Sebenar!
Terdahulu, Kieda berkongsi video merakamkan dirinya bersama suami menemani anak-anak mereka bermandi-manda di kolam renang sebuah hotel.
Dalam video itu, Kieda berkongsi pendapatnya di mana dia dan suaminya ternampak dua lelaki memakai seluar renang yang menampakkan bentuk alat sulit mereka ketika mandi di kolam renang.
Situasi itu sekaligus membuatkan mereka berasa malu melihatnya.
Must-Watch Video