Laman Utama
"Dia Kelakar & Easy Going" - Uqasha Senrose Seronok Bekerja Dengan Shukri Yahaya
Pelakon Uqasha Senrose akui selesa bergandingan dengan Shukri Yahya sepanjang penggambaran drama Rindu Awak Separuh Nyawa.
Kata Uqasha, Shukri seorang individu yang melucukan dan senang untuk bekerja bersama.
"Ini pertama kali saya bekerja denga Shukri Yahaya. Shukri merupakan seorang yang kelakar dan easy going. Dia tidak menghakimi orang.
"Senang untuk bekerja kerana dia gemar melawak dan menyakat semua orang di set penggambaran," katanya kepada Gempak.
Menerusi Rindu Awak Separuh Nyawa, Uqasha melakonkan peranan sebagai Kasih Maisara, seorang gadis dari keluarga berada yang poyo dan gedik.
"Watak Kasih Maisara ini dari orang yang paling kaya dan cantik kemudian apabila dia sudah sedar dan beragama, dia diberikan ujian yang berat.
"Bukan mudah untuk membawakan watak ditinggalkan keseorangan, ditinggalkan suami dan diberikan pelbagai ujian," tambahnya.
Drama bersiri ‘ Rindu Awak Separuh Nyawa’ merupakan sebuah lagi adaptasi novel dengan judul yang sama nukilan Siti Rosmizah yang mengangkat genre romantik terbitan syarikat produksi SR One Sdn Bhd.
Drama 40 episod arahan sutradara Along Kamaludin ini turut menampilkan Siti Rosmizah selaku penerbit dan penulis skrip serta barisan penulis skrip yang terdiri dari Rozie Rashid dan Amka Ahmad.
Drama ini turut menampilkan lagu bertajuk Rindu Separuh Nyawa nyanyian Vanessa dan Naqiu sebagai lagu runut bunyi rasmi yang liriknya juga ditulis oleh Siti Rosmizah.
‘Rindu Awak Separuh Nyawa’ bakal bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 23 Mac 2021 menerusi slot Megadrama secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Must-Watch Video