Hiburan
"Dia Kini Jaga Solat, Mula Hafal Al-Quran" - Ustaz Ebit Lew Sebak Lihat Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak
Penceramah bebas popular, Ustaz Ebit Lew bercerita mengenai pengalamannya menziarah penyanyi kontroversi, Aliff Aziz di Singapura.
Terkenal dengan cara dakwah yang menyentuh jiwa, Ebit mencoretkan pertemuan terbabit menerusi sebuah video.
Video tersebut dikongsi oleh Ebit di laman sosial Instagram miliknya.
"Sebak tadi. Semalam dari Tapah, Ipoh terus ke Singapore malam ni ceramah di Masjid Politeknik Pasir Gudang. Terus dapat mesej team #DoorToDoorEbitLew untuk ziarah dakwah Aliff Aziz.
"Terus ke rumahnya. Niat kerana Allah sahaja. Berdoa supaya Allah terima jadi asbab kebaikan dan hidayah. Panjang lebar kami berbual tadi.
"Saya tanya jika hari ini hari terakhir. Tiada esok. Tiada lusa. Apa nak cakap pada yang disayangi dan anak yang sangat cute. Beliau terus menangis teresak-esak. Menahan sebak. Saya jadi sebak.
"Syukur dengar beliau kini sangat jaga solat. Mula hafal Al-Quran. Neneknya dan atuknya orang sangat baik. Begitu juga mak ayahnya baik semuanya. Tadi banyak soalan agama darinya.
"Setiap manusia diuji Allah. Setelah ujian adakah kita semakin dekat dengan Allah? Saya doakan Aliff Aziz istiqamah yer kerana Allah dan persiapan akhirat. Beliau diuji. Saya dan kita semua juga diuji Allah," tulis Ebit.
Rata-rata netizen memuji usaha Ebit mendekati dan menasihati Aliff dengan penuh hikmah berikutan kontroversi hangat yang melandanya sejak kebelakangan ini.
Selain itu, Ebit juga memuat naik versi penuh video terbabit di laman YouTube miliknya.
Must-Watch Video