Menerusi entri di Instagram, pelakon popular Nabila Huda, 34, berkongsi pengalaman melucukan ketika dia mahu bergambar bersama penyanyi Indonesia, Tulus yang mengadakan konsertnya pada malam tadi.

Menurut Nabila, Tulus hanya berjalan dan tidak melihatnya ketika dia sudah bersedia untuk bergambar bersama penyanyi Indonesia tersebut.

"Ya, dia sampai tapi dia berlalu macam tu saja, tak tengok saya pun, mungkin dia ingat saya penjaga pintu disitu," tulisnya berseloroh.

Namun begitu, mereka berdua sempat mengambil gambar bersama selepas itu dan ia turut dikongsi Nabila di Instagramnya.

Excited Nak amik gambar dengan tulus..Yes muka pertama tu belum bersedia.Yang kedua,dah over confident and lebih ceria..Yes Dia sampai...Tapi Dia lalu je awak..Tak tengok kite pun.Mungkin Dia ingat kite penjaga pintu Istana Budaya kot.Hancur berderai hati ku.Kira gambar tu rare tau.I dapat amik gambar telinga Serta backshot Dia okay!?

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

“Di dekatnya aku lebih tenang, Bersamanya jalan lebih terang. Tetaplah bersamaku jadi teman hidupku.. Berdua kita hadapi dunia..” ?

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on


Seramai lebih 1,400 orang telah hadir menyaksikan Konsert Tulus Live @ Istana Budaya pada malam tadi.

Selain Nabila, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Sherry Alhadad, Misha Omar dan Dayang Nurfaizah turut hadir ke konsert tersebut.